Mohd Isa Abdul Samad: Perbezaan antara semakan

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
==Politik==
Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun [[1978]] dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan [[Linggi]]. Nombor keahlian UMNO beliau ialah No 22.Kemudian beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian [[Teluk Kemang]], [[Port Dickson]] sehingga sekarang.
 
Pada tahun 1993, Tan Sri Mohd. Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO akan tetapi beliau tewas kepada Tan Sri [[Rahim Thamby Chik]]. Di dalam pilihan raya 1999, Isa Samad menewaskan Dr. [[Rosli Yaakop]] dari [[PAS]] di kawasannya, N29 [[Linggi]].
Dalam [[Perhimpunan Agung UMNO 2000]], Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas. Menteri Besar yang turut tewas ialah Datuk Seri [[Abu Hassan Omar]], Datuk [[Osu Haji Sukam|Osu Sukam]], dan Datuk [[Abdul Ghani Othman]]. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/umno2000/index.asp?lang=&sec=berita&pg=20000513/rm01_full.htm Perhimpunan Agung Bawa Gelombang Baru]</ref>
 
Dalam pilihan raya 2004 Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen [[Jempol]]. Sebelum ini parlimen Jempol dimenangi oleh Datuk [[Khalid bin Yunus|Khalid Yunus]] (BN). Beliau kemudiannya dilantik menjadi [[Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia|Menteri Wilayah Persekutuan]] sehingga 2005.
 
Isa Samad kemudiannya dilantik menjadi [[Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia|Menteri Wilayah Persekutuan]] sehingga 2005.
 
Mohd. Isa memenangi jawatan [[Naib Presiden UMNO]] bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri [[Mohd Ali Mohd Rustam|Mohd Ali Rustam]] (1,329 undi) dan [[Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia]] ketika itu, [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] (1,234 undi). Namun, kemenangan tersebut dibatalkan kerana telah disabitkan dengan perbuatan rasuah.<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm MT UMNO lucut semua jawatan parti Isa Samad]</ref>
 
 
 
===Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009===