Perbezaan antara semakan "Buluh madu"

2 bait ditambah ,  3 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.
 
== Penanaman ==
Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.
 
Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
 
== Masakan ==
Rebung buluh, terutama rebung buluh madu boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.
 
== Pautan luar ==
* [http://berita-harian-online.com/pulangan-lumayan-buluh-madu/ Pulangan lumayan buluh madu.]