Burung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 16:
'''Burung''' merupakan [[haiwan]] bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan [[haiwan]] [[vertebrata]] yang besar dan pelbagai terdapat di serata [[bumi|dunia]], dari kawasan [[gurun]] sehinggalah di [[kutub utara]], juga di kawasan hutan hujan [[Amazon]], dan [[Greenland]]. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 [[order]]. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan [[spesies]] yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.
 
Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai [[paruh]], yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada [[reptilia]], seperti [[dinosaur]], yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, [[bulu pelepah]] tumbuh pada ekornya dan sayapnya.
 
Ciri-ciri utama [[haiwan]] burung adalah seperti berikut :-
 
* Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
* Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
* Mempunyai sisik pada kakinya.
* Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
Baris 111:
# [[Burung Belatuk]]
# [[Burung Bangau]]
# [[Burung Helang]]
# [[Burung Layang-layang]]
# [[Burung Murai]]
# [[Burung Pipit]]
# [[Burung Unta]]