Perbezaan antara semakan "Burung Enggang Belukar"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
 
 
== Morfologi ==
Burung Enggang Belukar bertumbuh sehingga 70 [[sentimeter]] (2 [[kaki (ukuran)|kaki]] 3 [[inci]]). Bulunya berwarna [[hitam]] atau [[Perang (warna)|perang]]. Bulu lehernya berwarna [[biru]], manakala ekornya berwarna perang-[[kelabu]], dengan satu palang yang lebar serta berwarna hitam pada hujungnya. Paruhnya panjang dan berat. Burung ini mempunyai jambul yang terkelepai. Kulit di sekeliling matanya tidak berbulu. [[Iris]] burung jantan berwarna [[merah]] sedangkan iris burung betina berwarna hitam.
 
== Tabiat ==
Ketika Burung Enggang Belukar [[Pengeraman|mengeram]] di dalam lubang [[pokok]] yang dijadikan [[sarang]], mulut lubang itu akan ditutupkan dengan lumpur, dengan satu lubang yang kecil untuk burung jantan memberikan makanan kepada burung betina. Apabila telur-[[telur]]nya sudah menetas, burung betina akan memecahkan penutup lumpur dan keluar dari sarangnya, tetapi akan menutupkannya semula sehingga anak burung siap sedia untuk meninggalkan sarang.
 
Burung Enggang Belukar hidup dalam kawanan sebanyak 5-15 ekor, dan biasanya makan di sudur pertengahan di dalam hutan tertutup. Pada dasarnya, burung ini makan [[Buah|buah-buahan]] dan [[serangga]]. Bunyinya kasar dan tajam dan burung ini biasa berbunyi secara kawanan.
 
== Galeri ==
<gallery>
File:Anorrhinus galeritus.jpg|Gambaran oleh Daniel Giraud Elliot
</gallery>
 
== Rujukan ==
* [http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/wildlife/center/semeng/hbill/bchorn.htm Laman web Jabatan Perhutanan, Sarawak]
<div class="references-small"> <references /> </div>
 
== Pautan luar ==
* {{ms}} [http://www.wildlife.gov.my/webpagev4_en/printed_material/kbdAviClist/bushy_crested_hornbill.pdf Jabatan Hidupan Liar Malaysia]
* http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Anorrhinus+galeritus%22
{{Senaraiburung}}
 
[[Kategori: Burung|Enggang Belukar]]
[[Kategori: Coraciiformes|Enggang Belukar]]