Gagak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 16:
}}
 
[[FileFail:GagakHitam.JPG|thumb|Burung gagak bertenggek di antenna TV]]
'''Burung Gagak''' adalah [[burung]] yang besar daripada [[genus]] ''Corvus'' dalam [[order]] [[Passeriformes]]. Saiznya berbeza-beza antara [[Burung Jackdaw]] ([[Burung Jackdaw Eurasia|Jackdaw Eurasia]] dan [[Burung Jackdaw Daurian|Jackdaw Daurian]]) yang agak kecil seolah-olah [[Burung Merpati|burung merpati]] sehingga ke [[Burung Raven Biasa]] yang besar di kawasan [[holarktik]] serta [[Burung Raven Paruh Tebal]] di tanah tinggi [[Ethiopia]]. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua [[benua]] ber[[iklim sederhana]] (kecuali [[Amerika Selatan]]), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk [[Hawaii]]).
 
Baris 27:
 
== Pemburuan ==
Menurut peraturan-peraturan persekutuan di [[Amerika Syarikat]], pemburuan burung gagak adalah sah di sisi [[undang-undang]] bagi kebanyakan negeri, biasanya antara sekitar bulan Ogos hingga akhir bulan Mac, dan pada bila-bila masa sahaja jika burung itu mengakibatkan kacau ganggu atau bahaya kesihatan. Bilangan yang boleh diburu tidak dihadkan semasa "musim pemburuan burung gagak".
 
Di [[United Kingdom]], pembunuhan atau pemburuan burung gagak di kawasan-kawasan liar diharamkan.
 
== Evolusi ==
Burung Gagak kelihatan berevolusi dari [[Asia Tengah]] dan kemudian tersebar masuk ke [[Amerika Utara]], [[Eropah]], dan [[Australia]].
 
Bagaimanapun, [http://www.pnas.org/cgi/content/abstract/0401892101v1 bukti] terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untuk [[famili]] yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden seperti [[Burung Gagak Eurasia]], [[Burung Murai]], dan Burung ''Corvus'' yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang di [[Asia]]. Agak baru-baru ini, ''Corvus'' telah masuk semula ke Australia dan melahirkan lima [[spesies]] serta satu subspesies yang dapat dicamkan.