C-123 Provider: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zscout370 (bincang | sumb.)
→‎[[Perang Vietnam]]: clean up, replaced: agent_orange.jpg → 'Ranch Hand' run.jpg using AWB
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 21:
Pesawat''' C-123 Provider''' digunakan di [[Vietnam]] sebagai pengangkut anggota dan barang keperluan di dalam medan perang. Pesawat ini diberikan nama jolokan “Thunder Pig,” boleh beroperasi daripada landasan terbang yang pendek dan landasan yang tidak berturap [[konkrit]].
 
=== Latar Belakang ===
 
Pesawat ini sebenarnya adalah pembangunan rekaan sebuah pesawat peluncur (glider) XCG-20 menjadikannya pengangkut yang boleh membawa 67 orang anggota tentera. Enjin yang digunakan adalah enjin piston [[Pratt & Whitney]] Double Wasp R2800-23 dengan 2,200 hp setiap satu. Pesawat ini mencatat nama kerana perkhidmatan cemerlangnya di [[Vietnam]].
 
Dalam tahun [[1953]], [[Tentera Udara Amerika Syarikat]] membuat pesanan untuk 300 buah pesawat C-123B. Pesawat pertama diserahkan kepada [[Tentera Udara Amerika Syarikat]] lewat tahun [[1954]] dan menjadi kegemaran anak kapal kerana tahan lasak dan boleh diharapkan. Keupayaan pelepasan ditambah baik dengan kegunaan dua buah lenggai jet Fairchild J-44 (model C-123J) dan kemudiannya dengan lenggai jet jenis J85 (model C-123K). Kesemuanya, 302 buah pesawat C-123 provider dibina oleh Fairchild.
 
=== [[Perang Vietnam]] ===
 
[[ImageFail:'Ranch Hand' run.jpg|thumb|175px|Pesawat Udara Menyembur Peranggas [[Agent Orange]] Di Hutan Belantara Vietnam]]
Pesawat C-123 mula digunakan di [[Vietnam]] dalam tahun [[1962]]. Pesawat ini digunakan di seluruh pelosok Vietnam sebagai pengangkut anggota dan barang-barang. Kebolehannya menggunakan landasan pendek membolehkan unit-unit tentera digerakkan dengan cepat ke merata tempat. Pesawat C-123 menjalankan pelbagai operasi seperti menggugurkan anggota payung terjun, pengangkutan anggota, peluru dan bekalan lain, penyemburan bahan kimia ([[Agent Orange]]) , penerbangan ehsan, penerbangan menyelamat, pemindahan udara dan penghantaran pundi bahan api.
 
Semasa pengepungan pengkalan [[Khe Sanh]] dalam tahun 1968, pesawat C-123 Provider dan [[C-130 Hercules]] membolehkan penghantaran diteruskan kepada garison di pengkalan tersebut. Apabila keadaan semakin getir dan penerbangan oleh pesawat [[C-130 Hercules]] dihentikan, pesawat C-123 Provider menjadi satu-satunya talian hayat anggota marin di [[Khe Sanh]]. Apabila keadaan meruncing dan pendaratan tidak lagi boleh dibuat, pesawat C-123 Provider menjalankan operasi pengguguran bekalan menggunakan teknik LAPES.
 
Pesawat C-123 Provider juga digunakan secara meluas dalam Operasi Ranch Hand menyembur bahan kimia [[Agent Orange]] untuk meranggas daun-daun pohon di hutan belantara bagi membolehkan pasukan tentera mengenal pasti kedudukan musuh dan untuk memusnahkan simpanan makanan musuh. Pesawat C-123 Provider akan terbang rendah dan perlahan, seringkali dengan serangan balas musuh untuk membolehkan penyemburan dibuat.
 
Pesawat C-123 juga diubah suai menjadi pesawat gempur (''gunship'') di bawah projek Gunship III menggunakan model [[AC-119G Shadow]] dan [[AC-119K Stinger]]
 
=== Penghormatan ===
 
Seorang juruterbang pesawat C-123 Provider Lt. Kol [[Joe M. Jackson]] menjadi satu-satunya juru terbang pesawat pengangkut yang diberikan anugerah [[Pingat Kehormatan]] (Medal Of Honor) semasa Perang Vietnam.
 
== Spesifikasi (C-123K Provider) ==
[[ImejFail:Fairchild_C-123K_Provider_USAF.jpg|thumb|300px|C-123 Provider]]
 
{{aircraft specifications
Baris 93:
}}
 
=== Pautan Luar ===
* [http://www.warbirdalley.com/c123.htm Fairchild C-123 Provider]
* [http://medalofhonor.com/JoeMJackson.htm U. S. Air Force Vietnam War Medal of Honor Recipient Lt. Col. Joe M. Jackson]
 
[[Kategori:Perang Vietnam]]