Perbezaan antara semakan "Candi Prambanan"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
|}
 
'''Candi Rara Jonggrang''' atau '''Lara Jonggrang''' yang terletak di desa '''Prambanan''' ialah kompleks candi [[Hindu]] yang terbesar bukan sahaja di [[Indonesia]], tetapi juga di [[Asia Tenggara]]. Ia terletak di pulau [[Jawa]], lebih kurang 20 [[kilometer]] di timur [[Yogyakarta]], 40 kilometer di barat [[Surakarta]] dan 120 kilometer di selatan [[Semarang]], tepat pada sempadan antara [[provinsi]] [[Jawa Tengah]] dan [[Daerah Istimewa Yogyakarta]].
 
Candi ini dibina pada sekitar tahun [[850]] Masehi semasa wangsa [[Sanjaya]]. Bagaimanapun, adakah candi ini dibina oleh [[Rakai Pikatan]], raja kedua wangsa [[Mataram I]] atau oleh [[Rakai Watukura Dyah Balitung|Balitung Maha Sambu]], tidak dapat dipastikan. Tidak lama selepas dibina, candi ini ditinggalkan dan mula rosak.
[[Fail:Prambanan-single-temple.jpg|thumb|280px|Salah satu daripada tiga buah candi Trimurti.]]
 
Pada tahun [[1733]], Candi Rara Jonggrang ditemukan oleh C.A Lons, seorang anak [[Belanda]]. Kemudian pada tahun [[1855]], Izerman mula membersihkan dan memindahkan beberapa batu dan tanah dari bilik candi. Tidak lama kemudian, Groneman melakukan pemusnahan secara besar-besaran dan batu-batu candi tersebut ditimbunkan secara sembarangan di sepanjang [[Sungai Opak]].
 
Pada tahun-tahun [[1902]]-[[1903]], candi ini mula dibaik pulih oleh Van Erp. Usahanya dilanjutkan secara lebih sistematik oleh Jabatan Purbakala (''Oudheidkundige Dienst'' ) di bawah P.J. Perquin pada tahun [[1918]]-[[1926]]. De Haan melanjutkan usaha pembaikpulihan ini pada tahun 1926 sehingga akhir hayatnya pada tahun [[1930]]. Pada tahun [[1931]], usahanya dilanjutkan oleh Ir. V.R. van Romondt sehingga tahun 1942, dan kemudian usaha pembaikpulihan itu diserahkan kepada putera Indonesia dan ini berlanjut sehingga tahun [[1993]]. <ref>''Mengenali Candi Siwa dan Parambanan Dari Dekat'', Penerbit Kanisius</ref>
 
Banyak bahagian candi yang dibaik pulih dengan menggunakan batu baru, kerana batu-batu yang asli banyak dicuri atau dipakai semula di tempat-tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih oleh Kerajaan Indonesia jika sekurang-kurangnya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab itu, banyak candi kecil tidak dibaik pulih dan hanya struktur asasnya dapat dilihat.
Candi Rara Jonggrang sekarang merupakan sebuah [[Tapak Warisan Dunia UNESCO|tapak]] yang dilindungi oleh [[UNESCO]], mulai tahun [[1991]]. Antara lain, ini bermakna bahawa candi ini kini terlindung dan memiliki status istimewa seperti dalam keadaan [[perang]].
 
Candi Rara Jonggrang adalah candi [[Hindu]] yang terbesar di [[Asia Tenggara]]. Bangunan utama 47 meter tingginya. Kompleks candi ini terdiri daripada lapan buah candi utama dan melebihi 250 buah candi kecil yang ukurannya berbeza-beza dan disebut ''[[perwara]]''. &nbsp; Tiga buah candinya yang utama dipanggil ''Trisakti'' dan didedikasikan kepada [[Trimurti]], tiga kekuatan [[Brahman]]:
# Dewa [[Siva]], ''sang Penghancur''
# Dewa [[Vishnu]], ''sang Pemelihara''
# Dewa [[Brahma]], ''sang Pencipta''.
 
Candi Siva di tengah-tengah mengandungi empat ruangan, dengan satu ruangan di setiap arah [[mata angin]]. Yang pertama mengandungi sebuah [[arca]] Dewa Siva setinggi tiga meter, dengan tiga yang lain mengandungi arca-arca yang lebih kecil ukurannya, iaitu arca [[Durga]], sakti atau isteri Dewa Siva, [[Agastya]], gurunya, dan [[Ganesa]], puteranya.
 
Arca Durga juga disebut sebagai ''Rara'' atau ''Lara/Loro Jongrang'' (''dara langsing'') oleh penduduk setempat. (Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lihat rencana [[Loro Jonggrang]].) Dua buah candi yang lain yang didedikasikan kepada Dewa Vishnu dan Dewa Brahma masing-masing menghadap ke arah utara dan ke arah selatan. Selain itu, adanya beberapa candi kecil yang lain yang didedikasikan kepada sang lembu [[Nandini]], [[wahana]] Dewa Siva, sang [[Angsa]], wahana Dewa Brahma, dan sang [[Garuda]], wahana Dewa Vishnu.