Badan Peguam Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Khairul hazim (bincang | sumb.)
Baris 41:
 
==Perarakan Hak Asasi Manusia==
Majis Peguam pada mulanya merancang Perarakan [[Hak Asasi Manusia]] sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada [[10 Disember]] 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi [[Muzik]], [[Budaya]] dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada [[polis]]. [[Ketua Polis Negara]] , Tan SeriSri [[Musa Hassan]] menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) [[Perlembagaan Persekutuan]]. Presiden Majlis Peguam, [[Ambiga Sreenevasan]] tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman.
 
Polis akan terus memantau perkembangan di kompleks beli-belah [[Sogo]] di Jalan Raja Laut hingga ke [[Pasar Seni]] pada 10 Disember 2007. Perarakan sepatutnya bermula 7.30 pagi. <ref>http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm</ref> Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja. <ref>http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a</ref>
Baris 47:
Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Majlis Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai Dewan Bandarraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .
 
8 orang peguam lain telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu pada 9 Disember 2007 jam 8.30 pagi. Mereka ialah N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis lain ditahan kerana hadir dalam sambutan [[Hari Hak Asasi Manusia]] di Jalan [[Tun Perak]], [[Kuala Lumpur]]. Bangunan Majlis Peguam terletak berhampiran [[Pasar Seni]], [[Kuala Lumpur]].Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah tidak mahu sebarang insiden tidak diingini akan berulang .
 
==Rujukan==