76,878
suntingan
k (Bot: perubahan kosmetik) |
|||
[[Fail:WaterAndFlourSuspensionLiquid.jpg|thumb|Cecair akan mengambil bentuk bekasnya]]
'''Cecair''' adalah salah satu daripada empat [[fasa jirim]] utama. Ia berbentuk [[bendalir]] di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. [[Isipadu]] adalah tetap di bawah keadaan [[suhu]] dan [[tekanan]] yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal yang mempunyai [[tegangan permukaan]], yang membenarkan pembentukan [[titisan]] dan [[buih]]. Begitu juga [[kekapilarian]].
Cecair biasanya tahan tekanan; ketumpatan [[air]] contohnya, tidak akan berubah melainkan dikenakan tekanan giga[[pascal]].
Zarah-zarah yang terdapat dalam cecair tidak tersusun dengan teratur. Susunan zarahnya kurang rapat tetapi masih bersentuhan. Oleh itu, didapati lebih banyak ruang kosong wujud di antara zarah jika dibandingkan dengan [[pepejal]]. Di sini, zarah-zarah adalah bebas bergerak, kelompok-kelompok zarah boleh menggelonsor atas satu sama lain tetapi dalam kawasan tertentu sahaja.
Zarah-zarah mempunyai tiga jenis pergerakan iaitu:
* [[translasi]]
* [[putaran]]
|