Cedric Diggory: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 16 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q841669
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 15:
 
 
'''Cedric Diggory''' dilahirkan pada tahun 1977 dan mati pada 24 Jun 1995. Watak rekaan [[J. K. Rowling]] ini merupakan seorang pengawas dan kapten pasukan [[Quidditch]] bagi rumah [[Rumah Hogwarts #Hufflepuff|Huflepuff]] yang memegang posisi ''Seeker''. Beliau ialah anak kepada [[Amos Diggory]] dan mempunyai teman wanita iaitu [[Cho Chang]]. Cedric digambarkan sebagai seorang yang "pendiam" dan "sangat kacak".
 
Dalam [[Harry Potter dalam Piala Api]], watak beliau lebih menonjol dan di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Robert Pattinson.
 
== Peranan dalam siri Harry Potter ==
Ketika Harry dalam tahun ke-3, Cedric adalah kapten pasukan [[Quidditch]] Hufflepuff yang mengalahkan pasukan Gryffindor gara-gara Harry terjatuh dari penyapunya akibat serangan [[dementor]]. Bapa Cedric, Amos, sangat bangga atas perkara ini iaitu Cedric ''mengalahkan'' Harry Potter yang terkenal, tapi Cedric tidak suka akan sikap bapanya. Dan si kembar Weasley menunjukkan sikap tidak senang pada Cedric akibat kekalahan tersebut.
 
Dalam [[Harry Potter and the Goblet of Fire]], Cedric terpilih sebagai wira Hogwarts dalam Kejohanan Triwizard. Ketika Harry secara terpilih sebagai wira keempat, [[Draco Malfoy]] membuat lencana menyokong Cedric Diggory untuk pelajar Slytherin (''Sokong Cedric, Wira Sebenar Hogwarts'', ''Potter Busuk'').
Baris 38:
Kematian Cedric menyebabkan Harry merasa bersalah, kerana beliau yang mencadangkan agar Cedric menjadi juara bersama. Harry menolak untuk memperkatakan lagi tentang kematian Cedric dan menawarkan wang hadiah Kejohanan tersebut kepada ibu bapa Cedric, dan mengatakan bahwa wang itu seharusnya menjadi milik Cedric. Namun, ibu Cedric menolak dan mengucapkan terima kasih kerana Harry telah membawa pulang anak mereka. Selama musim panas setelah tamat tahun keempatnya, Harry dihantui oleh kematian Cedric dan memimpikannya setiap malam, tetapi pada tahun berikutnya, dia berjaya mengatasi rasa bersalah dan kesedihannya.
 
Tongkat sihirnya sepanjang 12.5 inci, diperbuat daripada kayu ''ash'' dan berisi sehelai bulu tunggal dari seekor unikorn jantan. Dalam [[Harry Potter dengan Batu Hikmat]], [[Ronan]], sentora dari Rimba Larangan mengatakan "Selalu saja yang tak bersalah menjadi korban lebih dulu". Yang dimaksudkan [[Ronan]] adalah unikorn, namun dia seolah-olah turut juga meramalkan pembunuhan Cedric.
 
Nama belakang Cedric berkemungkinan berdasarkan watak [[Digory Kirke]] dari [[Riwayat Narnia]] karangan [[C.S Lewis]], yang dikatakan salah satu pengarang kegemaran [[J.K. Rowling]].
Baris 60:
[[pl:Puchoni#Cedrik Diggory]]
[[ru:Седрик Диггори]]
[[vi:Danh sách nhân vật phụ trong truyện Harry Potter#Cedric Diggory]]
[[tr:Yardımcı Harry Potter karakterleri listesi#Cedric Diggory]]
[[vi:Danh sách nhân vật phụ trong truyện Harry Potter#Cedric Diggory]]