Cekur putih: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1113398
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 15:
| binomial_authority = ([[Linn.]])
}}
'''Cekur''' atau '''cekur putih''' atau nama saintifiknya ''Kaempferia galanga'' Linn <ref>[http://www.forestry.gov.my/herba/cekur_bm.html forestry.gov.my.]</ref> dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di [[Malaysia]]. Cekur adalah [[tumbuhan herba]] yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
 
== Ciri-ciri botani ==
[[Fail:Galangal.web.jpg|thumb|rightkiri|250px|Lukisan ''Kaempferia galanga'']]
Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi [[rizom]] berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguan.
 
== Ulam ==
Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti [[nasi kerabu]], [[nasi ulam]] dan [[kerabu]]. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.
 
== Khasiat ==
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.{{fakta}}
 
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.{{fakta}}
 
== Rujukan ==
{{reflist}}