Celcom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah templat telekomunikasi di Malaysia
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 14:
'''Celcom Axiata Berhad''' atau panggilan ringkasnya '''Celcom''' (dahulunya dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad) ialah syarikat [[telekomunikasi]] mudah alih yang tertua di [[Malaysia]] dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat [[Axiata]] (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan [[telefon bimbit]], Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi pertama.
 
== Perkhidmatan dan liputan ==
Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara, berbanding perkhidmatan mudah alih telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan GSM dwijalurnya (900/1800 MHz) telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun 2006. Seperti pada tahun 2006 Celcom menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G melalui jenama pascabayar [[Celcom_MinutesCelcom Minutes|Minutes]] dan [[telefon bimbit prabayar|prabayar]] [[Xpax]]. Bilangan pelanggan kini kira-kira 7.8 juta, setiap seorang memulangkan RM65. Celcom mendakwa liputan perkhidmatan telefon mudah alih seluruh negara mencapai 95% termasuk terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di [[Lembah Klang]], [[Johor Bahru]], [[Melaka]], [[Kedah]] dan [[Pulau Pinang]].
 
== Sejarah ==
Sewaktu pasaran telefon bimbit diperluaskan pada 1995, [[Celcom]] menaik taraf ke perkhidmatan GSM900 lalu bertumbuh dengan pesat untuk menjadi syarikat telefon mudah alih terbesar di Malaysia sebelum [[Maxis]].
 
Ketika [[Krisis Kewangan Asia]] pada tahun 1997, Celcom turut terjejas. Ada pendapat yang mendakwa bahawa pemilik Celcom iaitu Tan Sri Tajudin Ramli menghadapi kemelut hutang dan pegangan saham beliau di dalam Celcom dirampas oleh [[Danaharta]], syarikat penstrukturan semula aset negara. Kegagalan melangsaikan hutang beliau mengakibatkan kepentingan kawalan terhadap Celcom dijual kepada [[Telekom Malaysia]], pengendali talian tetap milik kerajaan pada tahun 2003. Telekom Malaysia seterusnya menggabungkan Celcom dengan anak syarikat pengendali perkhidmatan mudah alihnya TMTouch melalui pengambilalihan songsang terhadap TMTouch.
 
[[Celcom]] asalnya tersenarai dalam [[Bursa Malaysia]], namun menjadi syarikat persendirian setelah bergabung dengan Telekom Malaysia.
 
Dalam satu kes, pihak pengurusan awal Celcom didapati bertanggungjawab oleh satu panel timbang tara di Switzerland kerana melanggar persetujuan yang ditandatangani bersama DeTeAsia, sebuah unit Deutsche Telekom, pada tahun 2002.
 
Tribunal itu memutuskan bahawa Celcom diwajibkan untuk membayar DeTeAsia AS$177.2 juta hutang pokok tambah AS$16.2 juta faedah serta kos guaman dan timbang tara yang lain, maka jumlahnya RM740 juta yang perlu dibayar.
 
Penstrukturan semula Celcom yang diterajui oleh TM berjaya memulihkan prestasi Celcom dan meningkatkan daya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Baris 34:
Sejak proses pemulihan prestasi dijalankan, syarikat dikatakan telah berjaya meningkatkan pencapaiannya sehingga berjaya mencatatkan pertumbuhan positif mengikut sukuan tahunan selama 23 sukuan berturut-turut.<ref>[http://www.mobile88.com/news/read.asp?file=/2012/4/2/20120402192615&phone=Celcom_Wins_PC.com_Readers_Choice_Awards_Night_2011 Celcom Wins at PC.com Readers Choice Awards Night 2011]</ref>
 
== Perkhidmatan rangkaian mudah alih ==
Celcom telah membawa perkhidmatan pelayaran mudah alih tanpa wayar sejak Perkhidmatan Peket Radio Umum atau ([[GPRS]]) diperkenalkan. [[GPRS]] memberikan pengguna kemudahan maya seperti perkhidmatan multimedia serta rangkaian Internet yang mudah alih. Perkhidmatan ini hanya memerlukan sokongan peranti seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya, tetapan yang diperlukan, serta kawasan yang telah ditetapkan. Kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah 56 KB/s sahaja.
 
Baris 43:
Sejak tahun 2007, Celcom sedang berusaha untuk menawarkan perkhidmatan [[EDGE]] atau Nilai Data yang Dipertingkatkan Untuk Evolusi [[GSM]] kepada para pengguna, iaitu satu permulaan perkhidmatan jalur lebar yang mempertingkatkan muatan data ke dalam rangkaian [[GSM]]/[[GPRS]], dan mempunyai ciri-ciri yang mematuhi garis panduan [[IMT-2000]], ditetapkan oleh [[Kesatuan Telekomunikasi Sedunia]] atau '''ITU'''. [[EDGE]] turut dipanggil sebagai 2.75G. Perkhidmatan ini, di Celcom, hanya memerlukan [[Kad SIM]] yang menyokong perkhidmatan [[GPRS]], tanpa perlu menaiktaraf kad tersebut, tidak seperti perkhidmatan [[3G]] dan [[HSDPA]]. Untuk pemasangan sistem sokongan [[EDGE]], Celcom telah melantik dua syarikat terkemuka dunia; Syarikat [[Alcatel-Lucent]] untuk memasang di Semenanjung Malaysia, dan syarikat [[Motorola]] bagi Malaysia Timur.
 
== Anugerah ==
* Anugerah Pengendali Perkhidmatan Tahunan - Frost & Sullivan Malaysia<ref>[http://www.hmetro.com.my/articles/Celcomraihanugerahkaliketiga/Article Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2011]</ref>
* Jenama Syarikat Telekomunikasi Paling Berharga - Jenama Paling Berharga Malaysia 2008<ref>[http://www.khazanah.com.my/awards2bm.htm Anugerah Axiata Group Berhad]</ref>
Baris 53:
* Mobile Service Provider of the Year - 2012 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards<ref>[http://www.sacbee.com/2012/04/12/4409487/malaysias-best-recognized-at-2012.html Malaysia's Best Recognized at 2012 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards]</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.celcom.com.my Laman web rasmi Celcom Bhd]
* [http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_21139 The Edge Daily, Telekom's offer for Celcom now unconditional]
* [http://www.aseannewsnetwork.com/index.php?id=10,71,0,0,1,0 Celcom Confident of 450,000 3G subscribers by year end]
* [http://www.gsmworld.com/cgi-bin/ni_map.pl?cc=my&net=ce Celcom Coverage Map]
* [http://www.celcom.info Celcom Cell Broadcast ID]
* [http://malaysianwireless.blogspot.com/search/label/Celcom Latest update of Celcom in Telco Talk Malaysia]
* [http://www.alcatel-lucent.com/wps/portal/!ut/p/kcxml/04_Sj9SPykssy0xPLMnMz0vM0Y_QjzKLd4x3tXDUL8h2VAQAURh_Yw!!?LMSG_CABINET=Docs_and_Resource_Ctr&LMSG_CONTENT_FILE=News_Releases_2007/News_Article_000702.xml Alcatel-Lucent Dipilih Oleh Celcom Malaysia Untuk Pemasangan Rangkaian Tambahan GSM/EDGE]
* [http://news.thomasnet.com/companystory/495408 Celcom Nenaiktaraf Rangkaiannya di Malaysia Timur Dengan Memilih Capaian GSM Motorola]
 
{{Telekomunikasi di Malaysia}}