Celt: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Sedikit penambahbaikan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 3:
'''Celt''' merupakan beberapa kumpulan yang berkait di Eropah tengah pada masa silam yang berkongsi kebudayaan dan ciri-ciri bahasa asal. Masa kini, Celtic sering digunakan untuk menggambarkan penduduk beberapa [[kelompok etnik]], termasuk kebudayaan dan bahasanya, di [[Kepulauan British]], daerah [[Bretagne]] di [[Perancis]] dan daerah [[Galicia]] di [[Sepanyol]] yang turut berkongsi ciri-ciri serupa Celt asal. Walau bagaimanapun, pada masa silam, mereka tidak semestinya dianggap berkait dengan Celt oleh orang luar (puak atau negara dari tanah besar daerah Celt, seperti [[Gaul]] dan [[Belgium]], diketahui berpindah ke kepulauan British, seperti Atrebates, Menapii, dan Parisi, dan menyumbang kepada pembentukan penduduk Celt).
 
Rujukan bertulis mengenai orang Celtic sebagai ''keltoi'' (puak tersorok), telah dicatat oleh [[Hecataeus]] dari Yunani pada 517 BC.
 
"Celt" disebut /kelt/, dan "Celtic" sebagai /keltIk/ (dalam [[SAMPA]]). Sebutan /seltIk/ hanya patut digunakan bagi pasukan sukan tertentu (contoh. pasukan [[National Basketball Association|NBA]], [[Boston Celtics]], dan sebelah [[SFA]], [[Celtic FC]]).
 
Istilah 'Celt' atau 'Celtic' boleh digunakan dalam beberapa cara — ia menentukan kumpulan orang yang bertutur atau keturunan daripada penutur Bahasa Celt atau orang Eropah prasejarah yang berkongsi ciri-ciri kebudayaan yang sama yang dipercayai berasal daripada [[budaya Hallstatt]] dan [[La Tene]]. Daripada istilah kini, 'negara Celtic' biasanya ditakrifkan sebagai [[Wales]], [[Ireland]], [[Scotland]], [[Cornwall]], [[Isle of Man]] dan [[Brittany]] disebabkan bahasa Celtic unik bagi kawasan ini. Kawasan Eropah lain yang dikaitkan sebagai Celtic adalah seperti [[Galicia]] di [[Sepanyol]], dan [[Devon]], [[Cumbria]] dan [[Northumbria]] di [[England]].
 
Kajian DNA moden (seperti yang dilakukan oleh UCL) menunjukkan bahawa penduduk England kini sebahagian besarnya ialah keturunan Celtic/British kuno, sungguhpun England ketiadaan bahasa Celtic yang terselamat. Keadaan yang sama juga berlaku di Scotland, bahasa [[Gaelic]] terbatas kebanyakannya pada pinggir utara dan barat.
 
 
== Nama Celt ==
Asal pelbagai nama semenjak tempoh klasik bagi penduduk yang dikenali hari ini sebagai Celt adalah kabur dan dipertikaikan. Ia kelihatannya bahawa tidak satupun istilah yang dirakamkan pernah digunakan oleh penutur Celt itu sendiri. Secara khususnya, tidak terdapat rekod istilah "Celt" digunakan berkait dengan penduduk Kepulauan British atau Ireland sebelum [[abad ke-19]].
 
 
 
== Rujukan ==
* Cunliffe, Barry. ''The Ancient Celts.'' Oxford: Oxford University Press, 1997. ISBN 0198150105.
* James, Simon. ''The Atlantic Celts - Ancient People Or Modern Invention?'' University of Wisconsin Press: Madison, August 1999. ISBN 0299166740.
* Kruta,V., O. Frey, Barry Raftery and M. Szabo. eds. ''The Celts.'' Thames & Hudson: New York, 1991. ISBN 0847821935.
* Laing, Lloyd. ''The Archaeology of Late Celtic Britain and Ireland c. 400--1200 AD.'' 1975.
* Powell, T. G. E. ''The Celts.'' Thames and Hudson: New York, 1980. third ed. 1997. ISBN 0500272751.
* Ward-perkins, Bryan. "Why Did The Anglo-Saxons Not Become More British?" ''English Historical Review'', June 2000.
* Weale, M. ''Y Chromosome Evidence For Anglo-Saxon Mass Migration.'' ''Society For Molecular Biology And Evolution''. 2002
* ''Article On Study Re Celtic Population''Cristian Capelli, David Goldstein and others at University College London. http://web.archive.org/web/20120125165821/http://www.iht.com/cgi-bin/generic.cgi?template=articleprint.tmplh&ArticleId=97790
 
[[Kategori: Eropah]]
[[Kategori: Kelompok etnik]]
[[Kategori:Orang purba]]