Perbezaan antara semakan "Batu Puteh"

1 bait ditambah ,  13 tahun lalu
k
Empayar British melalui [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] yang diketuai oleh [[Stamford Raffles]] telah 'membuka' dan mendapatkan pulau Singapura dari [[Sultan Husain]] dari [[Kesultanan Johor]] pada 1819.
 
Apabila [[Perjanjian 1824]] ditandatangani antara Empayar [[British]] dengan [[Belanda]] pada 17 Mac 1824, dengan jelas [[Singapura]] termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. [[Great Britain]] dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu).
 
Pulau Batu Puteh, [[Terumbu Karang Tengah]] (Middle Rocks) dan [[Terumbu Karang Selatan]] (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada [[Kesultanan Johor]] sebelum 1824.
813

suntingan