Chulalongkorn: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Monthasawang (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 28:
'''Phra Bat Somdet Phra Poramintharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua''' ({{lang-th|พระบาทสมเด็จพระปรมินทรมหาจุฬาลงกรณ์ฯ พระจุลจอมเกล้าเจ้าอยู่หัว}}), atau '''Rama V''' (20 September 1853 – 23 Oktober 1910) ialah [[Raja Thailand|raja]] [[Negara Beraja Rattanakosin|Siam]] kelima di bawah [[Wangsa Chakri]]. Baginda dikenali oleh orang Siam pada masanya sebagai ''Phra Phuttha Chao Luang'' (พระพุทธเจ้าหลวง - Buddha DiRaja). Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke [[India]], [[Myanmar]], [[Singapura]] dan [[Jawa]] bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat. Baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873.
 
== Permodenan ==
=== Politik ===
Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina dan Perancis di Indo-China. Chulalongkorn menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat perlu dilaksanakan di Siam dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg, Wilson dan Tate mendakwa Chulalongkorn bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda telah mempercepatkan dan memperluaskan pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut.
Baris 65:
Chulalongkorn merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapat tanah jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggra. Dasar buka pintu, keistimewaan-keistimewaan yang diberi dan dasar tolak ansur baginda telah mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Pemerintahan baginda selama 42 tahun (1868-1910) telah memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di Siam sama ada dalam politik, sosial ataupun ekonomi. Baginda dikenali sebagai “Raja Teragung dan Tercinta”. Chulalongkorn mangkat pada 23 April 1910 dan digantikan oleh puteranya Raja Vajiravudh sebagai Raja Rama VI.
 
== Keturunan ==
{{ahnentafel top|width=100%}}
<center>{{ahnentafel-compact5
Baris 117:
[[Kategori:Watak teater muzikal]]
 
== Rujukan ==
{{Reflist|30em}}
{{DEFAULTSORT:Chulalongkorn}}