Cicak-Man: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 8:
|pengarah=[[Yusry Abdul Halim|Yusry KRU]]
|pengarang=Yusry KRU<br/>[[Meor Shariman]]
|pelakon=[[Saiful Apek]]</br>[[Fasha Sandha]]</br>[[Aznil Nawawi]]</br>[[Yasmin Hani]]</br>[[Yusry KRU]]</br> [[ Jalaluddin Hassan]]</br>[[AC Mizal]]</br> [[ Adlin Aman Ramlie]]
|penerbit=Johan Lucas
|syarikat produksi=[[Kumpulan KRU|KRU Films]] Sdn Bhd
Baris 34:
Pada waktu yang sama, Hairi dan Danny mula mengesyaki kegiatan jahat Profesor Klon dan konconya. Setiap kali Bandar Metrofulus ditimpa penyakit, Profesor Klon hadir bersama penawar. Dalam cubaan jahat untuk merampas kuasa bandar berkenaan, Profesor Klon menculik lima orang menteri Metrofulus dan cuba menukarkan mereka dengan klon ciptaannya. Hairi dan Danny mendapat tahu muslihat itu, lalu berusaha untuk menghalang.
 
[[ImejFail:Cicak-Man-Wallpaper-HI.jpg|thumb|200px|Cicak-Man]]
Hairi juga meminati [[setiausaha]] Profesor Klon, Tania ([[Fasha Sandha]]), tetapi dia malu untuk meluahkan rasa cintanya. Dalam satu kejadian, dia menyelamatkan Tania dari cengkaman Ginger Boys. Begitupun, Tania menyangka Danny yang sebenarnya berselindung di sebalik [[topeng]] sang [[cicak]].
 
Baris 47:
Tania yang menyangkakan Danny merupakan Cicak-Man terus bersedih dengan kematiannya. Hairi pula sudah berjanji tidak akan muncul sebagai Cicak-Man dan membiarkan Danny mati sebagai wira di mata Tania. Dalam pada itu, Profesor Klon yang ditangkap bukanlah Profesor Klon yang sebenar tapi hanya klon beliau sendiri.
 
== Bandar Metrofulus ==
{{utama|Metrofulus}}
Seluruh Metrofulus dibina menggunakan [[CGI]]. Metrofulus diketuai oleh seorang presiden iaitu Presiden Ramlan. Pentadbiran Metrofulus turut dibantu oleh 5 orang menteri yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Metrofulus. Klon Technologies yang diterajui oleh Profesor Klon memonopoli khidmat sains dan perubatan di Metrofulus.
 
== Pelakon dan watak ==
[[Fail:saifulazam15102008.jpg|thumb|rightkiri|Saiful Apek melakonkan watak Hairi dan Cicak-Man dalam filem ini.]]
[[Fail:YusryKRU.jpg|thumb|rightkiri|Yusry KRU melakonkan watak Danny, menulis skrip dan mengarahkan filem ini.]]
* [[Saiful Apek]] sebagai Cicak-Man/Hairi dan Cicak-Man Hitam (klon/jahat)
* [[Fasha Sandha]] sebagai Tania
* [[Yusry bin Abdul Halim|Yusry KRU]] sebagai Danny
Baris 68:
* [[Zulkifli Zain]] sebagai Menteri 5
 
=== Penampilan kameo ===
* [[Helmi Harun]] sebagai Pegawai Polis
* [[Abon]] sebagai Pengawal Keselamatan 1
* [[Prono]] sebagai Pengawal Keselamatan 2
* [[Azhar Sulaiman]] sebagai Penjual Tiket
* [[Rostam]] sebagai DJ Radio<ref name=imdb>[http://www.imdb.com/title/tt1123372/fullcredits Full cast and crew for Cicak-man (2006)], IMDb</ref>
 
== Produksi ==
Penggambaran dilakukan menggunakan true-HD ([[Video definisi tinggi|definisi-tinggi]]) dan kegunaan CGI yang meluas, termasuklah hampir 40% daripada penggambaran dilakukan pada [[layar-hijau]] atau ''Green Screen''. Penggambaran dijalankan, menggunakan kamera Definisi-Tinggi [[Sony]] F900 CineAlta, Cicak-Man adalah satu projek perintis bagi pengeluaran [[filem Malaysia]] dengan menggunakan motion control, lagak ngeri dan pasukan-pasukan tali-temali lengkap dan pakaian yang direka bentuk. Dengan jumlah masa produksi melingkungi 36-hari, ia adalah unik sebagai melihat bagaimana [[Bandar Metrofulus]] telah dicipta dengan begitu terperinci.
 
15 hari penggambaran telah dperuntukkan untuk penggambaran dalam studio, di mana pereka-pereka set telah mencipta 5 set saiz sebenar untuk penggambaran dalam dan luar studio, semua penggambaran di lakukan dengan layar hijau. Untuk lokasi luar, pelakon-pelakon berpakaian dengan satu tema, iaitu pakaian musim sejuk, selaras dengan mencipta iklim sejuk [[Bandar Metrofulus]].
Baris 82:
9 bulan penuh telah diperuntukkan untuk [[pasca produksi]] dan [[kesan visual]] dengan hampir 500 penggambaran [[vfx]]. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh Pengarah Yusry Abdul Halim, telah berjaya mewujudkan pemandangan Bandar Metrofulus dalam [[3D]] juga tambahan elemen CGI seperti [[animasi]] karakter, set digital tambahan dan ketidak-kelihatan [[wayar]]. Lebih 90% kerja-kerja ''rotoscoping'' dan ''compositing'' dilakukan di dalam KRU Films, juga bagi [[skor muzik]] dan [[kesan audio]]. Proses pemindahan ''kine'' telah dilakukan di [[Bangkok]], [[Thailand]] di mana Cicak-Man telah selesai dalam bentuk [[Dolby Digital]].<ref>[http://www.cicakman.com Laman Web Rasmi Cicak-Man]</ref>
 
== Runut bunyi ==
{{Kotak info album
| Nama = Cicak-Man: Original Motion Picture Soundtrack
Baris 110:
Album [[runut bunyi]] ''Cicak-Man'' mengandungi 8 lagu, ia telah dikeluarkan pada 1 September 2006 oleh [[KRU Records]] sebelum tayangan perdana filem ini.<ref>[https://itunes.apple.com/us/album/cicak-man-original-soundtrack/id616723005 Cicak Man (Original Soundtrack)] di [[iTunes|iTunes Malaysia]].</ref>
 
=== Senarai runut ===
{{tracklist
| collapsed =
Baris 160:
* Semasa membebaskan menteri yang telah diklon,Cicak-Man bertanyakan soalan yang lucu, berbunyi "Original ke Spicy?" melambangkan perisa ayam KFC yang terdapat di Malaysia.
 
=== Penghargaan ===
Filem Cicak-Man ini telah pun mendapat penghargaan dari pelbagai pihak atas usaha yang dilakukan oleh pengarahnya sebelum ia ditayangkan. Antara yang memuji beliau ialah [[Datuk (gelaran)|Datuk]] [[Yusof Haslam]]. [[David Teo]] sebagai [[penerbit]] dan juga [[Ketua Pegawai Esekutif]] (CEO) [[Metrowealth International Group]] (MIG) juga menganggap Cicak-Man sebagai satu keajaiban dengan sambutan dan kelainan yang ditonjolkan dalam industri perfileman Malaysia. Selain pembikin filem, bekas Presiden [[Persatuan Sutradara Malaysia]] (FDAM), [[Ahmad Ibrahim]] juga memuji karya yang dihasilkan Yusry dan [[KRU]].<ref>[http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=61561 Cicak-Man: Evolusi filem tempatan]</ref>
 
=== Produk ===
Sebelum ini, Malaysia tidak pernah menghasilkan filem seperti Cicak-Man, tetapi apabila filem ini dihasilkan, pengedaran dan penjualan produk telah diambil perhatian selain dari tayangan di [[pawagam]]. Cicak-Man dijangka memperoleh RM10 juta daripada jualan tiket di pawagam, penjualan hak penyiaran ke beberapa negara, novel, cenderahati seperti kemeja-T<ref>[http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&product=1219 Kemeja T, Kalcha.com]</ref>, topi<ref>[http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&product=1202 Topi, Kalcha.com]</ref>, gelas<ref>[http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&product=1203 Gelas, Kalcha.com]</ref>, pen, rantai kunci dan lencana butang<ref>[http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&product=1210 Lencana, Kalcha.com]</ref>. KRU Films dalam perancangan menjual filem ini ke beberapa buah negara di Asia Barat seperti Mesir, Syiria dan Arab Saudi. Program Titian Budaya Malaysia-Republik Indonesia yang diadakan di Jakarta Convention Centre (JCC) selama tiga hari bermula 16 Disember 2006 pula telah membawa filem ini ke [[Indonesia]]. Ia telah membantu mempromosi nilai komersial pada filem ini apabila ditayangkan bermula 17 Disember 2006 bersama dengan 6 filem lain iaitu [[Pontianak Harum Sundal Malam 2]], [[Gubra]], [[Bilut]], [[Castello]], [[Filem Buli|Buli]] dan [[Puteri Gunung Ledang (filem)|Puteri Gunung Ledang]]. Mereka juga bercadang untuk menerbitkan rancangan bersiri Cicak-Man pada tahun 2007.
 
== Perbandingan ==
Dalam pujian yang diberikan ada juga anntara penonton dan orang ramai yang mengkritik hebat filem ini. [[Mansor Putih]] dalam temuramah dengan [[Harian Metro]] menyifatkan ada kelainan dalam filem Cicak-Man, walau bagaimanapun mengatakan filem ini tiada pengisian iaitu tiada ‘jiwa’, nilai seni dan budaya.<ref>[http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/dec2006/24dec01.html Pengkritik Bangga, tapi filem itu tiada 'jiwa' nilai seni dan budaya]</ref> Ada juga orang ramai cuba membandingkan Cicak-Man dengan [[Spiderman]], [[Batman]], [[Superman]], [[Ultraman]] dan lain-lain superhero yang datang dari [[Hollywood]]. Namun sebelum tayangan dibuka kepada awam di Malaysia, pengarahnya Yusry telah memberitahu supaya tidak membandingkan Cicak-Man dengan watak superhero yang lain kerana bajetnya yang rendah hanya RM1.7 juta sahaja berbanding produksi Hollywood.
 
== Jenaka Budaya Malaysia ==
Terdapat banyak jenaka dalam filem ini yang merujuk atau difahami mengikut budaya Malaysia. Contohnya apabila Hairi menjerit perkataan 'tahniah' untuk selindungkan perkataan 'Tania'.
 
== Novel Cicak-Man ==
[[ImejFail:Novel cicakman.jpg|thumb|Kulit buku novel Cicak-Man.]]
Novel Cicak-Man ditulis oleh [[Meor Shariman]] telah diterbitkan oleh KRU Publications. Ia dijangka akan diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan, walau bagaimanapun filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa kelainan antara cerita dalam novel dengan filem Cicak-Man.
 
=== Sinopsis ===
Jenayah makin berleluasa di kota raya [[Metrofulus]] dan seorang ''master criminal'', Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang ''[[adiwira|superhero]]'', Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda ''macho'' yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luar biasa, bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta pada Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal, bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luar biasa.<ref>[http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&product=1215 Novel Cicakman], kalcha.com</ref>
 
== Pencapaian ==
{| class="wikitable"
|-
Baris 225:
|}
 
== Cicak Man 2 ==
{{utama|Cicakman 2 - Planet Hitam}}
 
Cicak Man 2 yang bertajuk Planet Hitam merupakan sambungan filem Cicak Man yang disiarkan pada 11 Disember 2008 oleh KRU Films. Filem ini mengisahkan bagaimana Profesor Klon menyusahkan warga [[Metrofulus]] dengan rancangan Planet Hitam.<ref>[http://www.kru.com.my/krumatrix/kmg/news/cicakman2_intro.asp The Return Of Professor Klon]</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Trilogi Cicakman]]
 
== Rujukan ==
Baris 242:
 
{{Cicakman}}
 
[[Kategori:Filem adiwira|Cicakman]]
[[Kategori:Cicak-Man| ]]