Cornelius Fudge: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CarsracBot (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 1:
{{HP character|
imej= [[ImejFail:Cornelius_fudge_hppoa.jpg|250px|Cornelius Fudge]]<br /><small>'''Cornelius Fudge''', dilakonkan oleh [[Robert Hardy]], |
bgcolor=red|
fgcolor=black|
Baris 18:
Dalam filem, beliau dilakonkan oleh [[Robert Hardy]].
 
== Peranan ==
Fudge pada mulanya bersikap baik kepada Harry. Kemudian, Fudge menafikan bahawa [[Lord Voldemort]] telah kembali, dan dalam ''[[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]]'', Fudge melakukan kempen dan propaganda untuk menjatuhkan Harry dan [[Albus Dumbledore]], menggambarkan Dumbledore sebagai orang tua yang sudah nyanyuk, dan Harry sebagai seorang remaja yang pembohong, yang jiwanya terganggu, dan inginkan perhatian. Sebelum itu, sebagai Menteri Sihir, Fudge juga bertanggungjawab dalam memenjarakan [[Rubeus Hagrid]] yang tidak bersalah di [[Azkaban]]. Permusuhannya dengan Harry dan Dumbledore terjadi disebabkan alasan politik. Beliau menolak untuk membuat huru-hara dan menimbulkan panik di kalangan dunia sihir yang sudah 14 tahun berada dalam keadaan aman, dengan menghilangnya Voldemort. Kemudian, beliau juga bimbang (tanpa alasan) dan curiga bahwa Dumbledore sedang membina angkatan tentera di kalangan pelajarnya sendiri untuk merebut jawatan Fudge sebagai Menteri Sihir.
 
Jabatan Fudge berakhir pada [[1996]], segera setelah [[Kementerian Sihir#Jabatan Misteri|Pertempuran di Kementerian Sihir]], yang beliau dan beberapa pegawai [[Kementerian Sihir]] melihat sendiri kemunculan Voldemort di Atrium Kementerian. Fudge terpaksa menerima kebenaran yang selama ini ditolaknya, dan atas tekanan besar dari orang dan pihak media, Jabatan Misteri dipaksa mundur dari jawatannya seminggu setelah kejadian tersebut. Beliau digantikan oleh [[Rufus Scrimgeour]], bekas Ketua Pejabat Auror di Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Sihir, dan Fudge tetap menjawat di [[Kementerian Sihir]] sebagai Penasihat Khas{{HP6}}.
 
== Keluarga ==
Fudge mungkin telah berkahwin, seperti yang [[Barty Crouch Sr]] sebut "Encik dan Puan Fudge", namun Crouch pada saat itu sedang dalam keadaan tidak siuman kerana bercakap kepada sebatang pokok seolah-olah kepada [[Percy Weasley]], dan bercakap seakan-akan isteri dan anaknya sedang bersama mereka. Mungkin juga yang sebenarnya tidak wujudnya Puan Fudge. Ada kemungkinan juga Puan Fudge yang disebutkan Crouch ini adalah ibu Cornelius Fudge atau ahli keluarga lain dengan nama Fudge. Juga berkemungkinan jika betul Fudge memiliki seorang isteri, maka isterinya mungkin telah meninggal. Namun demikian, tiada petunjuk yang mengungkapkan apakah sesungguhnya Fudge memiliki seorang istri.
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai Watak siri Harry Potter]]
 
== Pautan luar ==
* [[wikia:harrypotter:{{PAGENAME}}|{{PAGENAME}}]] di Harry Potter [[Wikia]].