Daerah artikulasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 28 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q214090
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 2:
1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4. Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar); 6. Pra-lelangit (Pre-palatal); 7. Lelangit (Palatal); 8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12. Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-dorsal; 15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal]]
 
Dalam bidang [[fonetik artikulasi]], '''daerah artikulasi''' ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam [[saluran vokal]] antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama [[cara artikulasi]] dan [[pembunyian]], inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan.
 
Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih ([[Konsonan dwibibir|dwibibir]], seperti {{IPA|[m]}}) atau gigi atas ([[Konsonan bibir-gigi|bibir-gigi]], seperti {{IPA|[f]}}). [[Lelangit]] keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil [[Konsonan gelungan|gelungan]]; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka [[Konsonan lelangit|lelangit]] (palatal) namanya.
Baris 14:
Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam [[bahasa Melayu]], dikatakan merupakan [[Konsonan homorganik|homorganik]]. Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: ''baca'' [[Imbuhan dalam Bahasa Melayu|diimbuhkan]] dengan awalan ''me(n)'' menjadi ''me'''mb'''aca''; ''kutip'' dengan imbuhan yang sama menjadi ''me'''ng'''utip''.
 
== Jadual artikulasi aktif dan daerah artikulasi ==
{{Place of articulation}}
{| border="1" cellpadding="4" style="border: 1px solid black; border-collapse: collapse;"
Baris 70:
|}
 
== Senarai daerah artikulasi ==
* [[Konsonan dwibibir|Dwibibir (Bilabial)]]: antara kedua-dua belah bibir
* [[Konsonan bibir-gigi|Bibir-gigi (Labiodental)]]: antara bibir bawah dan gigi atas
Baris 87:
* [[Pita vokal|Glotis]]: di [[glotis]] (lihat [[larinks]])
 
== Sengauan dan sisian ==
* Untuk menghasilkan '''[[Konsonan sengauan|sengauan]]''', lelangit lembut direndahakn untuk membolehkan udara melalui hidung (sebenarnya daerah juga, tetapi dianggap sebagai [[cara artikulasi]])
* Untuk menghasilkan '''[[Konsonan sisian|sisian]]''', udara dihembuskan melalui sisi lidah dan gigi, bukan melalui hujung lidah. [[Bahasa Melayu]] cuma ada satu sisian, iaitu /l/, tetapi sesetengah bahasa lain ada lebih dari satu, cth. [[bahasa Sepanyol]] yang berhuruf "l" lwn. "ll"; [[bahasa Hindi]] dengan sisian gigi, lelangit dan gelungan; dan berbilang-bilang [[bahasa Pribumi Amerika]] yang merangkumi sisian yang berbentuk [[malaran tak geser]], [[Konsonan geseran|geseran]] dan [[Konsonan letusan|letusan]].
 
== Artikulasi serentak ==
Sesetengah bahasa ada konsonan yang dihasilkan di dua daerah artikulasi serentak, iaitu [[artikulasi serentak]]. Antaranya termasuk:
 
Baris 97:
* [[Pempalatalan]], menaikkan anggota lidah ke arah lelangit keras sambil menghasilkan halangan, seperti {{IPA|/tʲ/}} dalam [[bahasa Rusia]].
* [[Pemvelaran]], menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut ([[velum]]), seperti {{IPA|[lˠ]}} atau {{IPA|[ɫ]}}.
* [[Pemfarinksan]], menjerut kerongkong ([[pharynx]]), seperti {{IPA|[tˤ]}} dalam bahasa Arab.
* Hentian berartikulasi ganda: dua hentian yang dihasilkan serentak, contoh: [[konsonan bibir-velar]] seperti {{IPA|[k͡p]}} yang terdapat di Afrika Barat dan Tengah; [[konsonan bibir-gusi]] {{IPA|[t͡p d͡b n͡m]}} yang ditemui sebagai konsonan tersendiri dalam [[Bahasa Yélî Dnye|sebuah bahasa di New Guinea]] yang juga membezakan hentian bibir-belakang gusi. [[Bahasa Somali]] ada hentian [[Konsonan uvular-epiglotis|uvular-epiglotis]] {{IPA|[q͡ʡ]}}.
 
== Lihat juga ==
* [[Cara artikulasi]]
* [[Artikulasi relatif]]
 
== Rujukan ==
* {{SOWL}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.chass.utoronto.ca/~danhall/phonetics/sammy.html Interactive places and manners of articulation]
 
[[Kategori:Fonetik]]