Dajal Suchi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 25:
'''Dajal Suchi''' merupakan sebuah filem [[Melayu]] yang diterbitkan di [[Malaysia]] pada tahun 1965. Filem Dajal Suchi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
 
== Pengarah ==
[[P.Ramlee]] dikatakan pada mulanya berhasrat untuk mengarah filem ini dengan Tajuk "Syaitan Ke Syurga". Ketika menyiapkan skrip filem ini dengan dibantu oleh Yusnor Ef, Dhiresh Ghosh yang ketika itu baru berpindah dari MFP ke Studio Merdeka setelah diambil alih (dibeli) oleh Shaw Brothers, berminat untuk mengarahkan filem itu dan ditukar tajuknya kepada "Dajal Suchi" Filem Dajal Suchi kemudiannya diarah oleh pengarah [[Dhiresh Ghosh]] pada [[Filem Malaysia tahun 1965|1965]].
 
== Ringkasan ==
Ceritanya mengenai seorang budak bernama Sulaiman. Mukanya cacat. Dia disisih oleh orang-orang kampung kerana mereka percaya dia membawa sial. Pada hari dia dilahirkan sekumpulan nelayan yang turun ke laut mati akibat ribut taufan. Mereka tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa tetapi sebaliknya percayakan cakap bomoh kampung yang mengatakan tiada ribut akan berlaku. Apabila orang kampung marah kepada bomoh itu, dia menunjukkan kepada mereka Sulaiman yang mukanya cacat. Bomoh itu menuduh bahawa ribut itu akibat sial yang dibawa oleh Sulaiman.
 
Selepas beberapa tahun menderita kesempitan hidup, Melati (ibu Sulaiman) menerima "tawaran" pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai "anak joget" demi mencari rezeki. Lelaki (Budiman) yang membawanya sebenarnya berniat buruk terhadap dirinya. Budiman melarang Melati membawa Sulaiman ke Kuala Lumpur. Selepas Pak Cik Musa (seorang daripada nelayan yang terselamat daripada ribut taufan itu) menawarkan untuk menjaga Sulaiman, Melati pun pergilah ke Kuala Lumpur bersama Budiman.
 
Dipendekkan cerita, Melati "berjaya" dalam bidang joget dan kemudian menjadi penyanyi bergaji 500 ringgit sebulan, disediakan rumah besar dan orang gaji. Lama-kelamaan dia terbawa-bawa dengan hidup di Kuala Lumpur hinggakan tidak lagi menulis surat kepada Sulaiman di kampung.
 
... Wayang ini ada di YouTube. Sila cari "Dajal suchi full rare klasik movie". Pautan tidak dibenarkan di laman Wiki ini.
 
== Pelakon ==
* Sophia Ibrahim
* Ali Rahman
* Mahmud June
* Darus Shah
* Abdul Ghani Aziz
* Adik Badariah
Baris 48:
* [[Saloma]] Penyanyi undangan
 
== Lagu ==
* [[Lagu Kisah Mahjong]] (P Ramlee)
* [[Lagu Madahku]] (P. Ramlee)
* [[harapan bonda]] (saloma)
 
== Pautan luar ==
* Ceritanya boleh didapati di YouTube. Carilah "Dajal suchi"
 
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 1965|Dajal Suci]]