Dalat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 34:
'''Dalat''' merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya, [[Sarawak]], [[Malaysia]]. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat. Dalat terletak di dalam bahagian [[Mukah]], [[Sarawak]]. Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini<ref>{{cite web |url=http://www.dalatdo.sarawak.gov.my/visimisi.htm |title=Visi, Misi dan Latar Belakang |publisher=Pejabat Daerah Dalat |accessdate=2011-01-28}}</ref> . Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Dalat ialah Datin Hajah Fatimah Abdullah.
 
== Penduduk ==
Penduduk daerah Dalat berjumlah 18,800(banci 2010). Kebanyakan penduduk adalah dari kaum [[Melanau]], [[Iban]], dan [[Cina]].
 
== Prasarana ==
[[ImageFail:Hospitaldalat.jpg|leftkanan|thumb|Hospital Dalat Fasa 1]]
[[ImageFail:Waterfrontdalat.jpg|rightkiri|thumb| ''Waterfront'' Dalat]]
 
Terdapat banyak kemudahan yang telah dibina di pekan Dalat dan juga daerah Dalat.
 
=== Pengangkutan ===
==== Jalan Darat ====
Pekan Dalat dihubungkan dengan bandar Mukah, dan seterusnya Lebuhraya Pan-Borneo. Selain itu, Dalat juga dihubungkan dengan pekan-pekan lain di Bahangian Mukah, seperti pekan Oya, Matu, Igan, Daro dan Sg. Kut. Sebuah jambatan yang merentasi batang Oya turut dibina. Jambatan ini menghubungkan Sg. Kut dengan Pekan Dalat.
 
Dalat dihubungkan dengan bandar Bintulu dan Miri dengan adanya perkhidmatan bas ekspress setiap hari.
 
==== Jalan Sungai ====
Seperti juga tempat lain di Sarawak, pengangkutan sungai masih memainkan peranan yang penting dalam kalangan penduduk Dalat dan sekitarnya. Penduduk biasanya memiliki bot-bot kecil yang digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Dalat juga dihubungkan dengan [[Sibu]] melalui perkhidmatan bot laju. Perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 2 jam, dan tambangnya pula adalah RM20. Bot-bot laju ini juga menghubungkan penduduk di sepanjang Batang Oya, Sungai Kut dan Batang Igan dengan bandar Sibu.
 
=== Kemudahan ===
Terdapat sebuah hospital kerajaan di pekan Dalat. Selain itu, terdapat juga Stadium Perpaduan, ''waterfront'', pejabat pos, pejabat daerah dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Terdapat tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu, [[Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat]], [[Sekolah Menengah Kebangsaan Oya]] dan [[Sekolah Menengah Kebangsaan Batang Igan]].
 
== Pautan luar ==
* [http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18649 Peta kedudukan Dalat]
 
== References ==
{{Reflist}}<!--added above External links/Sources by script-assisted edit-->