Danny Anthony Andipai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Danny Anthony Andipai''' (41 tahun) merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibatalkan pencalonannya dalam proses penamaan calon dalam [[Pilihan Ra…'
 
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Danny Anthony Andipai''' (41 tahun) merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibatalkan pencalonannya dalam proses penamaan calon dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]].
 
== Penamaan calon di Pensiangan ==
Parlimen [[Pensiangan]] terletak di [[Sabah]], [[Malaysia]]. Hari penamaan calon diadakan pada 24 Februari 2008 dan pengundian pada 8 Mac 2008. Tan Sri [[Joseph Kurup]] (Barisan Nasional - PBRS) sepatutnya ditentang oleh Danny Anthony Andipai dari PKR. Joseph selaku Presiden [[Parti Bersatu Rakyat Sabah]] (PBRS) diumumkan menang tanpa bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya . Alasannya Danny 'lewat' mengemukakan borang pencalonan padahal beliau berada di dalam dewan, borang dan wang pertaruhan telah ada bersama. Sebaliknya pegawai pilihan raya asyik sibuk mendaftarkan calon-calon lain.
 
SPR hanya menyediakan satu kaunter sahaja di tempat penamaan calon sehingga menghalang calon lain mengemukakan borang pencalonan.Sedangkan masa yang ditetapkan bagi menyerahkan borang hanya sejam bermula jam 9 hingga 10 pagi.Bagi kawasan Pensiangan, tiga kaunter patut dibuka -- satu bagi calon untuk kerusi Parlimen Pensiangan, manakala dua lagi bagi kerusi negeri Nabawan dan Sook. <ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=345264 Hanya Satu Kaunter Dibuka Di Pusat Penamaan Calon Pensiangan, Kata Pegawai Penerangan]</ref>
 
== Perbicaraan di Mahkamah Pilihan Raya ==
* Pada 9 April 2008, Danny memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya. Danny menamakan Joseph sebagai responden pertama, manakala responden kedua, iaitu Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu. Danny mendakwa Bubudan tidak mengendalikan pilihan raya itu mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Danny menyatakan telah menyerah borang pencalonan pada waktu yang ditetapkan, namun Pegawai Pengurus Pilihan Raya sibuk menghabiskan masa untuk calon lain menyebabkan beliau tidak berpeluang mengemukan borang sehingga pencalonan ditutup jam 9.55 pagi.
 
Peguam Danny Andipai ialah Datuk Chau Chin Tang dan Ansari Abdullah. Peguam Alex Decena mewakili Kurup manakala Peguam Kanan Persekutuan Chandra Devi dan Suzanna Atan mewakili Bubudan.
 
Arthur Bonnie @ Bernie (31) peguam kepada Presiden [[Parti Setia]], [[Suhaidin Langkap]], menyatakan bahawa hanya saman muflis dijadikan alasan semasa peguam-peguam Joseph Kurup mengemukakan bantahan. Danny dikatakan mempunyai saman muflis. <ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=345487 Peguam Calon Terkejut Pegawai PIlihan Raya Isytihar Kurup Menang Tanpa Bertanding]</ref>
 
== Penghakiman ==
Pada 18 September 2008,Mahkamah Pilihan Raya / Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu iaitu Hakim David Wong Dak Wah membatalkan kemenangan tanpa bertanding Joseph, selepas Danny memfailkan petisyen pada 9 April 2008. Penolakan kertas pencalonan adalah salah dan melanggar hak perlembagaan petisyen untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu dan undang-undang bertulis berkaitan pengendalian pilihan raya itu. Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah telah menerima borang penamaan calon . Tetapi Pegawai Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu menolak kertas pencalonan itu atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan.Penghakiman itu sepatutnya dibuat pada 17 September 2008 tetapi dipercepatkan ke 8 September 2008.
 
Baris 20:
Bsagaimanapun semasa perbincangan sedang berlangsung, seorang daripada penolong pegawai pilihan raya, Osman Aganduk, mendapatkan nasihat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri yang memberikan arahan supaya menerima kertas pencalonan itu. Arahan itu diberikan oleh timbalan pengarah SPR Sabah, disampaikan kepada Bubudan yang kemudian menerima kertas pencalonan Danny Andipai dengan masa diterima disahkan pada 10.25 pagi.
 
Bantahan ditutup pada 11 pagi dan pada kira-kira 1.25 tengah hari, Bubudan mengumumkan Kurup menang tanpa bertanding dan mengisytiharkan pemilihan beliau atas alasan kertas pencalonan Danny Andipai dan seorang calon Bebas, [[Saineh Usau]], diserahkan selepas pukul 10 pagi. Amat sukar dipercayai yang Bubudan tidak tahu seperti didakwanya, bahawa kupon yang mempunyai nombor diberikan kepada para calon pada hari berkenaan. Ini hanya mencerminkan kelemahan dirinya selaku pegawai pilihan raya yang bertanggungjawab penuh di pusat penamaan calon. <ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=357850 Mahkamah Tinggi KK Isytihar Kemenangan Kurup Di Pensiangan Batal Dan Tidak Sah]</ref>
 
== Keputusan Mahkamah Persekutuan ==
Pada 11 September 2008, Notis Rayuan dikemukakan oleh Joseph Kurup di Mahkamah Persekutuan di [[Putrajaya]]. Joseph Kurup merayu agar keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangannya bagi kawasan Parlimen Pensiangan diketepikan.Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersidang bersama Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Abd Rahman.Peguam utama Kurup ialah Mariati Robert.
 
Baris 29:
[[Saifudin Nasution]] selaku ahli Parlimen [[Machang]] menyatakan kes itu akan menjadi ikutan (precede) kepada kes-kes lain berkaitan isu yang sama pada masa akan datang. [[Mahkamah Persekutuan]] seolah-olah bersetuju dengan tindakan pegawai pengurusan pilihan raya melengah-lengahkan penerimaan borang pencalonan. Keputusan hakim ditafsir mencabul keadilan. [[Pakatan Rakyat]] bimbang kaedah serupa akan dibuat pada petisyen pilihan raya akan datang. Kes ini akan menjadi ikutan dan rujukan kepada kes-kes serupa pada masa depan.<ref>[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19851&Itemid=1 Kes Petisyen Pensiangan: Mahkamah celarukan proses demokrasi]</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}