Darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
Senarai Darjah kebesaran, bintang dan Pingat kurniaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan<ref>http://www.ns.gov.my/fileupload/LampiranA(Pingat2015).pdf</ref>
 
== Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S.) ==
Darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Utama dan isterinya bergelar Datin Seri. Hanya individu yang telah pun dikurniakan Darjah yang membawa gelaran Dato’ oleh Kerajaan Negeri Sembilan atau Kerajaan Negeri-Negeri lain layak menerima anugerah ini. Individu tersebut juga mestilah berjawatan tinggi dan telah menyumbangkan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Darjah ini juga boleh dikurniakan kepada sesiapa sahaja berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.
 
=== Senarai Penerima ===
* [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] - [[2010 di Malaysia|2010]]
 
== Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) ==
Darjah ini membawa gelaran Dato’ dan isterinya bergelar Datin. Darjah ini dianugerahkan kepada individu-individu yang berjawatan tinggi dan telah menyumbang bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.
 
== Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan ( D.B.N.S) ==
Darjah ini membawa gelaran Dato’ dan isteri akan bergelar Datin. Ia dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Darjah ini juga dikurniakan kepada Ahli politik, Ahli perniagaan dan individu yang berjaya dalam bidang masing-masing.
 
== Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.) ==
Darjah ini dianugerahkan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap baginda.
 
== Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.) ==
Darjah ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan jasa yang cemerlang dan tingkah laku yang terpuji dalam Negeri Sembilan. Calon-calon dikalangan pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional hendaklah telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lima (5) tahun atau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sembilan selama dua (2) tahun.
 
== Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.) ==
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan taat Setia dan jasa yang cemerlang serta tingkah laku yang terpuji di Negeri Sembilan atau di Malaysia. Calon-calon juga boleh daripada kalangan individu yang berjaya dengan cemerlangnya dalam bidang sukan, perniagaan dan kebajikan.
 
== Pingat Keberanian Cemerlang (P.K.C.) ==
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang melakukan sesuatu jasa keberanian yang cemerlang dalam keadaan yang boleh membahayakan dirinya sendiri.
 
== Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.) ==
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah menyumbang perkhidmatan terbaik dan boleh diteladani. Dikalangan kakitangan Kerajaan pula, calon hendaklah berumur 30 tahun ke atas dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia melebihi 5 tahun atau Kerajaan Negeri Sembilan melebihi 2 tahun. D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus berhak mengurniakan Pingat ini kepada sesiapa sahaja yang baginda fikirkan layak dan sesuai.
 
== Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) ==
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah berbakti dan berkhidmat dengan cemerlang di Negeri Sembilan termasuklah individu yang telah berjasa dan berkebolehan serta baik tingkah lakunya. Dikalangan pegawai Kerajaan pula, calon perlulah telah berkhidmat dengan cemerlang dan telah memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun dengan Kerajaan Malaysia atau 1 tahun dengan Kerajaan Negeri Sembilan.
 
== Pingat Khidmat Lama (P.K.L.) ==
Pingat ini dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sembilan yang telah berkhidmat untuk Kerajaan Negeri dengan cemerlangnya melebihi daripada 20 tahun.
 
== Rujukan ==
 
[[Kategori:Darjah kebesaran di Malaysia]]