Perbezaan antara semakan "Darurat Pakistan 2007"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: Memindahkan 8 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q953974)
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
[[ImageFail:Pervez Mushrraf2 crop.jpg|thumb|Pervez Musharraf]]
'''[[Darurat]] [[Pakistan]] 2007''' diisytiharkan oleh [[Presiden]] merangkap Ketua Turus Tentera Pakistan, [[Pervez Musharraf]] pada [[3 November]] [[2007]]. Beliau telah menggantung [[Perlembagaan]] Negara Pakistan, melucutkan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi, serta memberhentikan penyiaran media televisyen swasta di seluruh Pakistan. Menteri Penerangan, [[Tariq Azim Khan]] telah mengumumkan bahawa pilihan raya umum parlimen yang sepatutnya diadakan pada Januari 2008 akan ditangguhkan. Tetapi kemudian Pervez Musharraf mengumumkan pilihan raya Pakistan akan tetap diadakan pada 8 Januari 2008. Perintah darurat juga akan ditarik balik pada 6 Januari 2008.
 
== Alasan perintah darurat ==
Musharraf menggunakan hujah kegiatan berunsur pengganas yang kian berleluasa serta campur tangan Mahkamah Tertinggi sebagai alasan mengisytiharkan darurat, yang dibidas sebagai pemerintahan tentera oleh pihak pembangkang di Pakistan. Berikutan pengisytiharan tersebut, [[Iftikhar Mohammad Chaudhry]] telah digantikan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi. Ramai pemimpin pembangkang, termasuk [[Imran Khan]], [[Mehmood Khan Achakzai]] dan [[Qadir Magsi]] telah ditahan. Bekas Perdana Menteri, [[Benazir Bhutto]], tidak ditahan, tetapi dikenakan tahanan rumah.
 
Bagi Pervez Musharraf, hanya beliau dan rakyat Pakistan yang tahu dan mahir untuk mentadbir negara tersebut berbanding orang luar. setiap sudut dan kelompok rakyat hendaklah dipantau agar kestabilan negara terus terjamin.
 
== Tekanan Komanwel ==
Keahlian [[Pakistan]] dalam [[Komanwel]] telah digantung dalam keputusan [[Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Momanwel]] ([[CHOGM 2007]]) yang diadakan di [[Kampala]], [[Uganda]]. [[Setiausaha Agung Komanwel]], [[Don McKinnon]] telah mengumumkan keputusan itu pada [[23 November]] [[2007]]. Pakistan didesak agar mengembalikan demokrasi dan peraturan undang-undang di Pakistan sebereapa segera demi kesejahteraan dan kebebasan rakyat majoriti. Namun keadaan politik Pakistan akan terus dipantau dalam tempoh kritikan tersebut. Satu delegasi Komanwel akan dihantar ke Pakistan seberapa segera.
 
Tindakan Peringkat Menteri Komanwel mengenai Deklarasi Harare ([[CMAG]]) yang dianggotai 53 negara sebulat suara menggantung keahlian Pakistan. Pada [[12 November]] [[2007]], Pakistan telah diberi amaran oleh CMAG. Menteri-menteri yang terlibat dalam keputusan ini ialah Menteri Luar Malta, [[Michael Frendo]], [[Mohlabi Kenneth Tsekoa]], Menteri Luar Lesotho, Menteri Luar Sri Lanka ([[Rohitha Bogollagama]]), Menteri Luar Tanzania ([[Bernard Membe]]), Menteri Luar Papua New Guinea ([[Samuel Aba]]), Setiausaha Luar United Kingdom ([[David Miliband]]), Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Kanada ([[Helena Guergis]]) dan Timbalan Menteri Luar Malaysia (Datuk [[Joseph Salang]]).
 
[[CMAG]] menggesa [[Pakistan]]:
* Pemulihan sepenuhnya [[Perlembagaan Pakistan]].
* Pervez Musharraf hendaklah meletakkan jawatan sebagai ketua angkatan tentera Pakistan.
* Pembebasan segera ketua parti politik dan aktivis yang dipenjarakan atau tahanan dalam rumah serta di lokap polis.
* Menggugurkan semua sekatan mengenai siaran media
* Mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
 
<references/>
 
== Pautan luar ==
* [http://65.36.215.69/president.htm Teks Pengisytiharan Darurat]
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
[[Kategori:Pakistan]]