Deria bau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 1:
[[FileFail:Olfactory system.svg|thumb|Sistem penghiduan manusia. 1: [[Bebuli penghidu]]<!--Olfactory bulb--> 2: [[Sel mitral]] 3: [[Tulang]] 4: [[Epitelium]] hidung 5: [[Glomerulus (deria bau)|Glomerulus]] 6: [[Neuron reseptor bau]]]]
 
'''Deria bau''' atau '''penghiduan''' diantarakan oleh sel-sel deria khusus yang terdapat dalam rongga hidung makhluk vertebrat, yang boleh disamakan dengan sel-sel deria pada sesungut invertebrat. Untuk manusia, penghiduan berlaku apabila molekul-molekul bau terikat dengan bahagian [[reseptor bau]] tertentu. Reseptor bau digunakan untuk mengesan kehadiran bau. Ianya berkumpul di [[glomerulus (deria bau)|glomerulus]], iaitu struktur yang memancarkan isyarat kepada bebuli penghidu (anggota otak yang terletak betul-betul di atas rongga hidung dan di bawah lobus frontal).<ref>{{cite book | chapter = Sensation and Perception | author = Charles Linsmeiser | title = Psychology | author = Daniel Schacter, Daniel Gilbert, Daniel Wegner | publisher = Worth Publishers | year = 2011 | isbn = 978-1-4292-3719-2 | pages = 166–171 }}</ref> Kebanyakan vertebrat, termasuk kebanyakan mamalia dan reptilia, mempunyao dua sistem penghiduan yang berasingan, iaitu sistem penghiduan utama dan sistem penghiduan sampingan (yang khusus untuk mengesan feromon). Untuk haiwan yang bernafas udara, sistem penghiduan utama mengesan bahan-bahan kimia meruap, sementara sistem penghiduan sampingan mengesan bahan kimia berbentuk bendalir.<ref name="pmid19237578">{{cite journal |unused_data=pmid19237578 |doi=10.1073/pnas.0803229106 |author=Hussain A, Saraiva LR, Korsching SI|title=Positive Darwinian selection and the birth of an olfactory receptor clade in teleosts|journal=PNAS |volume=106 |issue=11 |pages=4313–8 |year=2009 |pmid=19237578 |pmc=2657432}}</ref> Deria bau dengan [[deria rasa]] merupakan sebentuk [[penerimaan kimia]]. Bahan-bahan yang merangsang sistem penghiduan itu, biasanya dalam kepekatan amat rendah, dipanggil [[pembau]]. Sedangkan deria rasa dan bau adalah sistem deria yang berasingan bagi haiwan daratan, hidupan air pula memiliki satu deria kimia.<ref>Lera Boroditsky. (1999) "Taste, Smell, and Touch: Lecture Notes." pp. 1 [http://www.saylor.org/site/wp-content/uploads/2011/08/Psych306-Reading-6.1.pdf]</ref>
 
Perasaan bau boleh dihasilkan oleh pembau molekul kecil yang meruap, protein tak meruap, dan hidrokarbon tak meruap. Sesetengah spesies haiwan mampu menghidu karbon dioksida yang teramat halus kepekatannya.<ref>{{cite web|url=http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2590501/ |title=Better Smelling Through Genetics: Mammalian Odor Perception |publisher=Ncbi.nlm.nih.gov |date=2012-10-19 |accessdate=2012-12-30}}</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}