Detective Conan: The Fourteenth Target: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 24:
}}
 
'''Detective Conan : The Foutheenth Target''' (名探偵コナン 14番目の標的, ''Meitantei Konan Jūyon banme no Tagetto'') adalah siri filem ke-2 di Jepun dalam siri [[Detektif Conan]]. Mula ditayangkan pada 18 April 1998, versi bahasa Inggeris dikeluarkan pada 2007 dan versi bahasa Melayu dikeluarkan pada 2010 di [[Astro Ceria]]. Diarahkan oleh Kanetsugu Kodama dan ditulis oleh Kazunari Kochi, cerita ini mengenai kes di mana orang yang rapat dengan Kogoro Mouri diserang dengan cara yang serupa dengan ABC Pembunuhan. Filem ini mencapai pendapatan pengedar 1.05 juta yen.
 
== Pelakon Suara ==
Baris 57:
[[Yusaku Kudo]] (flashback)
 
== Plot ==
Filem ini bermula dengan Ran bermimpi ibunya, Eri ditembak. Ran lalu menelefon Eri dan memberitahunya tentang mimpi tersebut. Kemudian babak beralih ke sebuah penjara, di mana seorang lelaki bernama Jo Murakami memegang sebuah buku nota yang bertulis "Beika City, Kogoro Mouri".
 
Baris 78:
Conan dan Ran mengikut Megure dan Kogoro ke Aquacrystal, di mana mereka bertemu Osani Nana-san (tujuh), Nishina Minoru (dua), Shishido Eimei (enam), Peter Ford (empat). Mereka menaiki monorel ke kompleks utama. Apabila mereka masuk ke dalam restoran, mereka menyedari Shiratori Ninzaburo mempunyai angka 3. Ran berkata Shinichi mempunyai angka 1. Osani kemudian mencabar Nishina, mengatakan restoran yang Nishina cadangkan adalah teruk. Osani memberikan Nishina cabaran rasa tanpa melihat, di mana Nishina salah meneka Chambertin. Sawaki kemudiannya menjawab dengan betul nama wain tersebut iaitu Beaujolais Moulin-a-Vent.
 
Conan mengambil jus untuk Ran, dan tanpa diduga Kogoro mengambil jus dan bukannya bir. Apabila Conan pergi mengambil jus lagi, dia ternampak Sawaki merasa serbuk cili.
 
Polis mengesyaki Asahi mungkin sudah mati. Walaupun anak-anak kapal cuba untuk lari, Nana ternampak mayat Asahi yang sudah lemas, dan pintu masuk ke restoran dikunci. Jalan keluar kecemasan disekat dengan simen, menjadikan tiada tempat untuk melarikan diri. Tetamu yang lain bertempiaran untuk mencari jalan keluar alternatif, Nana tidak berenggang dengan Ran dan Conan. Apabila Conan cuba untuk menyiasat, dia meletakkan tin jus dan cuba berlari. Walau bagaimanapun Ran sempat menangkapnya. Tetapi kemudian elektrik terpadam menyebabkan Nana panik. Apabila lampu bernyala kembali, Nana didapati telah mati ditikam. Apabila Conan menyedari pelakunya meraih Nana dengan tangan kanan, dia sedar Murakami bukan pelakunya kerana Murakami kidal. Conan pergi mendapatkan air mineral untuk semua orang. Semasa semua orang sedang minum Conan mendedahkan pelaku sebenar. Pada ketika ini, lampu terpadam disebabkan satu letupan. Satu lagi letupan menyebabkan restoran itu banjir. Kogoro menyelamatkan Nishina, yang tidak pandai berenang, dan Conan melihat semua orang tetapi Ran selamat.
 
Ran telah terperangkap pada kereta, jadi Conan pergi menyelamatkannya. Apabila Conan cuba untuk menyelamatkan Ran, kakinya terperangkap. Walau bagaimanapun, Ran memberikan oksigen yang telah diberikan Conan kepadanya dalam bentuk ciuman, dan kemudian pengsan. Conan cepat-cepat menggunakan suspender anjal untuk menggerakkan kereta itu, dan menyelamatkan dirinya dan Ran. Anak-anak kapal kemudian menjumpai satu lagi jalan keluar oleh kerana banjir. Apabila Sawaki cuba untuk memberikan CPR kepada Nishina, Conan (dengan menggunakan suara Kogoro), menegaskan lebih baik Shiratori yang melakukan CPR.
 
Sewaktu CPR diberi, Conan ‘menembak’ Kogoro dan mula menjelaskan kes tersebut melalui Kogoro. Conan mendedahkan bahawa pelakunya bukan Murakami disebabkan Murakami kidal, tetapi pelakunya adalah orang bertangan kanan. '''Kohei Sawaki''' adalah pelakunya. Dia menyatakan Sawaki mempunyai aguesia, gangguan yang membunuh keupayaan untuk deria rasa. Conan menegaskan yang Sawaki telah merasa serbuk cili, manakala sommelier biasa tidak akan melakukan sesuatu seperti itu. Conan juga berkata ketika dia membawa air mineral untuk anak-anak kapal, hanya cawan Sawaki yang mengandungi garam. Conan juga memberitahu bahawa Nana telah meninggalkan bukti bahawa Sawaki adalah pembunuh dalam poketnya iaitu gabus yang dia gunakan dengan pengilat kuku, dan juga bahawa Ace of Spade yang masih hilang yang masih dimiliki oleh Kohei.
 
Akhirnya Sawaki mendedahkan yang dia mahu membalas dendam terhadap Nana kerana bertanggungjawab atas kemalangan yang menyebabkan dia berada dalam keadaan sekarang, Tsuji yang mengejek maruahnya sebagai sommelier, Asahi kerana tidak menjaga wain yang berharga dengan betul, dan Nishina untuk tulisan buruk tentang wain. Sawaki mendedahkan dia "mencekik" Murakami hingga mati. Daripada semua mangsa, Sawaki hanya mahu membunuh Hiroki Tsuji, Katsuyoshi Asashi, Nana Osani, dan Minoru Nishina. Motif Sawaki menyerang mangsa lain mengikut nombor kad ialah kerana Sawaki mahu menyamarkan motif apabila Murakami membalas dendam pada Kogoro dan supaya dirinya tidak disyaki dengan bersembunyi di kalangan mangsa. Bom itu adalah satu usaha untuk melemaskan Nishina kerana dia tidak boleh berenang, dan untuk membunuh yang lain sekiranya mereka tidak dapat lari hidup-hidup. Beliau juga mendedahkan bahawa dia membunuh Murakami, yang menebus kesalahannya dan mahu berdamai dengan Kogoro, dan menggunakan beliau sebagai kambing hitam untuk semua jenayah yang berterusan.
 
Dengan semua jenayahnya terbongkar, Sawaki cuba melarikan diri dan mengambil Ran sebagai tebusan. Dia juga memasang lebih bahan letupan, menyebabkan Aquacrystal runtuh. Kogoro, Megure dan Conan mengejar Sawaki. Apabila Shiratori mengacu pistol kepada Sawaki di atas bumbung, Conan berkata kerana tangannya gementar, ia mungkin tertembak Ran. Shiratori melemparkan pistol sebagai tanda mengalah. Apabila Sawaki melihat Megure dan Shiratori bersedia untuk menyerang, dia mengugut Conan supaya membawa senjata itu kepadanya. Conan memungut senjata, kemudian menyedari mengapa Kogoro menembak Eri dahulu. Dia menembak, manakala peluru hampir mengenai Ran, menyebabkan Ran tidak sedarkan diri. Kogoro menangkap Sawaki, dan membantu Conan menyelamatkan Ran. Apabila Sawaki cuba untuk membunuh diri, Kogoro menyelamatkannya supaya dia terus hidup untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Orang-orang lain terus meninggalkan helikopter, Kogoro menyedari yang dia takut ketinggian. Selepas itu Ran dihantar ke hospital semasa memegang Ace of Spade "yang Shinichi terselamat".
 
Ran dan Conan kemudian melawat Eri untuk mengetahui sebab sebenar perpisahan mereka; di mana Kogoro menyuruh Eri berhenti memasak kerana masakannya tidak sedap (cara lain untuk menyuruhnya berehat). Ran dan Conan bagaimanapun, tahu sepenuhnya bahawa masakan Eri memang "tidak berapa sedap".
Baris 94:
{{Senarai watak Detective Conan: The Fourteenth Target}}
{{Filem Detektif Conan}}
 
[[Kategori:Filem Detektif Conan|The Fourteenth Target]]