Seladang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q174296
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
}}
 
'''Seladang''' (''Bos gaurus''<ref>[http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/powla1972237/ Protection of Wild Life Act 1972<br>LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76]</ref>, dahulu ''Bibos gauris'') ialah sejenis [[haiwan]] [[bovin]] yang besar dan berbulu warna gelap di [[Asia Selatan]] dan [[Asia Tenggara]]. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di [[India]]. Seladang ialah [[spesies]] [[lembu]] liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada [[Kerbau Afrika|Kerbau Tanjung]], [[Kerbau Air Liar Asia]], dan [[bison]]. Dalam konteks [[pelancongan safari]], ia dikenali sebagai '''bison India''', akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk [[Pembelajinakan|bela jinak]] Seladang dikenali sebagai '''gayal''' atau '''mithun'''.
 
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada [[dahi]] di antara [[tanduk]]nya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat [[gelambir]] yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.