Sulalatus Salatin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud ([[Tun Sri Lanang]]) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan [[13 Mei]] [[1612]] agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh [[Orang Kaya Sogoh]] dari Goa/Gowa.
 
Ketika itu Sultan Johor Lama, [[Sultan Alauddin Riayat Syah III|Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah]] telah ditahan di Istana Raja [[Acheh]], Raja Iskandar Muda.
 
Sejarah Melayu Sulalatul Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih [[China]], di mana pada setiap pertukaran [[Dinasti]] di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.