KRI Dewaruci: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zwobot (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Dewaruci.JPG|300px|right|KRI Dewaruci.]]
'''KRI Dewaruci''' merupakan sebuah kapal latihan milik [[tentera laut Indonesia]].
 
KRI Dewaruci merupakan kapal layar barquentine sepanjang 191-kaki, yang melakukan pelayaran sulong dari [[Hamburg]] pada tahun [[1953]] dan digunakan sebagai kapal layar latihan bagi [[tentera laut Indonesia]].
 
KRI Dewaruci digunakan bagi melatih taruna/kadet [[Akademi Angkatan Laut]], [[TNI Angkatan Laut]]. Kapal ini ditempatkan di [[Surabaya]] dan merupakan kapal layar terbesar yang dimiliki Angkatan Laut Indonesia. Nama kapal ini diambil dari nama dewa dalam kisah Wayang Jawa, yaitu [[Dewaruci]].
 
Kapal berukuran 58.5 [[meter]] dan lebar 9.5 meter dari kelas ''Barquentine'' ini dibina di [[Jerman]] oleh H. C. Stulchen dan merupakan satu-satunya kapal layar tiang tinggi keluaran limbungan kapal itu pada [[1952]] yang masih menggunakan layar dari tiga yang pernah dihasilkan. Pembuatan kapal ini dimulai pada tahun [[1932]], namun terhenti semasa [[Perang Dunia II]] kerana limbungan kapal rosak teruk. Kapal tersebut akhirnya selesai dibuat pada tahun [[1952]] dan dirasmikan pada tahun [[1953]].
 
Kapal ini memiliki 3 tiang utama yaitu tiang ''Bima'', ''Yudhistira'' dan ''Arjuna'' serta memiliki 16 layar. Selain menggunakan layar, KRI Dewaruci juga menggunakan mesin sebagai alat gerak dengan satu kipas. Setiap tahunnya, kadet [[AAL]] berlayar dengan Dewaruci ke pelbagai bahagian dunia dengan tujuan utama adalah latihan pelayaran bintang atau disebut '''''Kartika Jala Krida'''''.
 
KRI ''Dewaruci'' juga sering mengikuti lumba [[kapal layar]] di berbagai tempat di dunia. Kapal ini juga memiliki ''marching band'' sendiri, iaitu taruna Akademi Angkatan Laut yang biasa dikenal dengan nama ''Gita Jala Taruna''.
 
 
== Pautan luar ==