Edward VIII: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joshua (bincang | sumb.)
mengubah ayat terakhir dan menambah pautan
Joshua (bincang | sumb.)
bulan June --> Jun; berjumpa --> bertemu
Baris 6:
Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya [[Wallis Simpson]], seorang wanita Amerika yang sudah bercerai satu kali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua [[Gereja England]] yang pada masa itu tidak mengiktirafkan perceraian. Oleh sebab itu, baginda turun takhta secara sukarela selepas hanya 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja [[George VI dari United Kingdom|George VI]].
 
Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran '''Duke Windsor''' oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 JuneJun 1937 di [[Perancis]]. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara [[Jerman]] dan berjumpabertemu dengan [[Adolf Hitler]]. Pada masa [[Perang Dunia Kedua]], baginda dianggap mempunyai kesimpatian terhadap [[Nazi]]sme dan dihantar ke [[Bahamas]] sebagai Gabenor. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan menetap di [[Paris]] sepanjang hidupnya.
 
{{British Monarchs}}