Baitulmuqaddis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengganti laman dengan '{{Islam}} milik org islam bukan milik israel pantek tu..........donat trump babi * Kategori:Bandar raya suci Kategori:Hilal Subur...'
Teg-teg: Menggantikan mengosongkan Suntingan visual
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.62.1.77 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Teg: Undur
Baris 1:
{{Islam}}
'''Baitulmuqaddis''', juga dieja sebagai '''Baitulmaqdis''' ([[Abjad Arab|tulisan Arab]]/[[tulisan Jawi|Jawi]]: بيت المقدس) atau '''Jerusalem''' ([[bahasa Ibrani]]: יְרוּשָׁלַיִם <small>{{Audio|He-Jerusalem.ogg|(audio)}}</small> ''Yerushaláyim'', [[bahasa Arab]]: القدس atau أورسالم <small>{{Audio|ArAlquds.ogg|(audio)}}</small> ''al-Quds atau, Ūrsālim'';{{ref label|names|ii|}} lihat juga [[nama-nama Baitulmuqaddis]]) ialah sebuah kota lama yang terletak di [[Timur Tengah]] dan juga merupakan Ibukota dan Bandar raya terbesar bagi Negara [[Palestin]] yang kini ditadbir oleh [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB). Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi Agama [[Islam]], Agama [[Kristian]], dan juga Agama [[Yahudi]]. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama [[Kristian]] dan serta Agama [[Yahudi]] dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama [[Islam]].
milik org islam bukan milik israel pantek tu..........donat trump babi
 
*
Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (''juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur''') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: [[Islam]], [[Kristian]], [[Yahudi]], dan [[Armenia]].
 
Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun [[1949]] di antara [[Israel]] dan [[Jordan]] menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (''Kota Lama'') menjadi milik [[Palestin]] (dahulunya milik [[Jordan]] sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun [[1967]], [[Israel]] menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai [[ibu negara]] tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. [[Palestin]] juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.
 
== Sejarah ==
Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap;
* Zaman Kuno
* Zaman Pemerintahan [[Empayar Rom]]
* Zaman [[Islam]]
* Zaman Mandat [[British]]
* Zaman Pendudukan [[Israel]]
=== Zaman Silam ===
[[Fail:Kingdoms of the Levant Map 830.png|180px|kanan|thumb|Kedudukan '''Baitulmuqaddis''' di [[Timur Tengah]] pada zaman silam]]
Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas [[Nabi Daud a.s.]] menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama [[Jebusite]]. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh [[Nabi Sulaiman a.s.]]. Mengikut ahli sejarah [[Yahudi]], Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama [[Kuil Sulaiman]].
 
Tidak lama kemudian tentera [[Babylon]] mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang [[Yahudi]]. [[Nebuchadnezzar II]], raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan [[Kuil Sulaiman]]. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera [[Empayar Parsi|Parsi]] menakluk Babylon. [[Cyrus Agung|Cyrus II]], raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. [[Kuil Kedua]] kemudiannya dibina oleh [[Herod Si Agung]] tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan [[Empayar Rom|Rom]].
 
=== Pemerintahan Rom ===
Semasa pemerintahan [[Empayar Rom|Rom]], masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan [[Kuil Kedua]] orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai [[Tembok Barat]].
 
[[Fail:Batey mahase pillar.jpg|150px|kiri|thumb|Seni bina [[Empayar Rom|Rom]] di Baitulmuqaddis.]]
Selepas pemberontakan tersebut, orang [[Yahudi]] dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmuqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmuqaddis dinamakan semula menjadi [[Aelia Capitolina]].
 
Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmuqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, [[Maharaja Byzantine]] iaitu [[Constantine I]] membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan [[Kristian]] dengan membina [[Gereja Makam Suci]] pada tahun [[335]] masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.
 
=== Zaman Pemerintahan Islam ===
[[Fail:Jerusalem985-1052.jpg|200px|kanan|thumb|Peta Baitulmuqaddis pada tahun [[958]]-[[1052]] menurut seorang ahli geografi [[Arab]], [[al-Muqaddasi]].]]
Walaupun [[Al-Quran]] tidak menyebut mengenai nama "Baitulmuqaddis" tetapi [[hadith]] ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmuqaddis [[Nabi Muhammad SAW]] naik ke [[syurga]] semasa peristiwa [[Israk Mikraj]]. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera [[Islam]] pada tahun [[638]] Masihi. [[Saidina Umar Al-Khatab]] secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan [[Solat|bersembahyang]] di dalam [[Gereja Makam Suci]] tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke [[Al Haram Al Sharif|Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif]]. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan [[Masjid Al Aqsa]].
 
[[Fail:Temple mount.JPG|thumb|280px|kiri|Pemandangan udara [[Al-Haram Al-Sharif]], dengan [[Qubbat As-Sakhrah]] di tengah, [[Tembok Barat]] dan [[Masjid Al Aqsa]] di bawah.]]
Enam tahun kemudian, [[Qubbat As-Sakhrah]] dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat [[Nabi Muhammad SAW]] berdiri sebelum naik ke [[syurga]] semasa peristiwa [[Israk Mikraj]]. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti [[Masjid Al Aqsa]] di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal [[Islam]], terutamanya semasa pemerintahan kerajaan [[Ummaiyyah]] (650-750) dan kerajaan [[Abbasiyyah]] (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di [[Palestin]].
 
[[Fail:Path to Rock-Dome.jpg|200px|kanan|thumb|Pemandangan kaum wanita [[Muslim]] di [[Al Haram Al Sharif]] berlatar belakangkan [[Qubbat As-Sakhrah]]]]
Pemerintahan awal [[Islam]] juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan [[Al-Hakim Amr Allah]], seorang khalifah kerajaan [[Fatimiyyah]], beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya [[Perang Salib]]. Pada tahun [[1099]], tentera [[Kristian]] [[Eropah]] menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan [[Kristian]] yakni [[Muslim]] dan [[Yahudi]].
 
[[Fail:Saladin green dashinvaine.jpg|150px|kiri|thumb|Gambaran pelukis mengenai [[Salahuddin Al-Ayyubi]] pejuang umat [[Islam]] yang membebaskan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib.]]
Baitulmuqaddis kemudian dijadikan ibu kota [[Kerajaan Jerusalem]]. Kerajaan ini kekal sehingga tahun [[1291]]; Baitulmuqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayyubi pada tahun [[1187]]. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmuqaddis tidak kira sama ada [[Kristian]], [[Muslim]] atau [[Yahudi]]. Pada tahun [[1243]], Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.
 
Pada tahun [[1517]], Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar [[Turki Uthmaniyyah]]. [[Sulaiman al-Qanuni]] membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.
 
=== Mandat British ===
[[Fail:Jerusalem1947.png|200px|kanan|thumb|Peta Baitulmuqaddis pada tahun [[1947]] semasa Pentadbiran Mandat British.]]
[[British]] berjaya menewaskan [[Empayar Turki Uthmaniyyah]] semasa [[Perang Dunia I]]. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di [[Mesir]] memasuki Baitulmuqaddis pada [[11 Disember]] [[1917]]. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang [[Arab]] khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.
 
Pada [[29 November]] [[1947]], [[Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan [[Perang Arab-Israel 1948]] berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.
 
=== Baitulmuqaddis dan konflik Arab-Israel ===
Semasa [[Perang Arab-Israel 1948]], Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada [[Israel]] manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik [[Jordan]].
 
[[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu|PBB]] mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada [[23 Januari]] [[1950]], Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara [[Israel]]. [[Baitulmuqaddis Timur]] kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam [[Perang Enam Hari]] pada tahun [[1967]].
 
Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmuqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas [[Masjid Al-Aqsa]] seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong [[Australia]] yang gila. Status Baitulmuqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.
 
=== Status semasa ===
Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang [[Arab]] ataupun negeri orang [[Yahudi]]. Sempena [[Perang Arab-Israel 1948]], Baitulmuqaddis Barat diduduki oleh [[Israel]] manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik [[Jordan]].
 
[[Fail:Jerusalem map.png|180px|kiri|thumb|Peta Baitulmuqaddis sekarang dan yang terkni.]]
Pada tahun 1967, semasa [[Perang Enam Hari]], Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmuqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun [[1988]] Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas [[Tebing Barat]] (termasuklah Baitulmuqaddis) bagi menyokong [[Pertubuhan Pembebasan Palestin]] (PLO).
 
Kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tidak terjawab.
 
== Baitulmuqaddis dan Islam ==
[[Fail:1900s Jerusalem old city.jpg|220px|kanan|thumb|[[Al Haram Al Sharif]] di Baitulmaqdis, tempat ketiga paling suci dalam [[Islam]]]]
Bagi [[Muslim]], Baitulmuqaddis ialah tempat ketiga paling suci dalam [[Islam]]. Apabila kembali ke sejarah Baitulmuqaddis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang-pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari [[Makkah]] dan [[Madinah]]. Kota ini juga menjadi [[kiblat]] pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Rasulullah SAW masih hidup. Apabila tentera Salib menguasai kota ini ketika Perang Salib, semua penduduk kota ini yang bukan beragama [[Katolik Rom]] dibunuh dengan kejam.
 
Selepas [[Salahuddin Al-Ayyubi]] menawan kota ini kembali, Baitulmuqaddis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang [[Islam]], [[Kristian]], dan [[Yahudi]] dapat beribadat tanpa sebarang gangguan.
 
== Lihat juga ==
{{commons|Jerusalem}}
* [[Al Haram Al Sharif]]
* [[Salahuddin Al-Ayyubi]]
* [[Palestin]]
* [[Israel]]
 
== Pautan luar ==
* {{en}} [http://www.jerusalemites.org/jerusalem/islam/index.htm Baitulmuqaddis dan Islam]
* {{en}} [http://www.bismikaallahuma.org/archives/2005/the-position-of-jerusalem-and-haram-as-shareef-in-islam/ The Position of Jerusalem and Haram As-Shareef in Islam]
* {{en}} [http://www.ottomanpalestine.com Ottoman Jerusalem]
 
[[Kategori:Baitulmuqaddis| ]]