Pembunuhan beramai-ramai di Nanking: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pembunuhan Beramai-ramai Nanking''' ({{zh-tsp|t=南京大屠殺|s=:南京大屠杀|p=Nánjīng Dàtúshā}}), juga dfikenali sebagai '''''the Rape of Nanking''''', ialah satu perisitwa [[jenayah perang]] berbentuk [[genosid]] yang [[jenayah perang Jepun|dilakukan oleh tentera Jepun]] di [[Nanjing]] yang ketika itu [[ibu negara]] [[Republik China]], setelah kecundang di tangan [[Tentera Diraja Jepun]] pada [[13 Disember]] [[1937]]. Tempoh pembunuhan beramai-ramai ini tidak begitu jelas, namun keganasan berkekalan selama enam minggu, sehingga awal Februari 1938.
 
Ketika pendudukan Nanjing, tentera Jepun melakukan banyak kezaliman, seperti me[[rogol]], men[[jarah]], [[membakar dengan sengaja]] dan menghukum mati [[tahanan perang]] dan [[orang awam]]. Walaupun hukuman mati dimulakan atas dalih menghapuskan askar-askar Cina yang menyamar sebagai orang awam, sebilangan besar yang tidak bersalah dikenal pasti sebagai penjuang musuh secara sengaja lalu dihukum mati—atau dibunuh serta-merta—apabila pembunuhan beramai-ramai makin menjadi-jadi. Sebilangan besar wanita dan kaank-kanak juga dibunuh apabila perbuatan merogol dan membunuh kian meluas.