Perbezaan antara semakan "Malay Film Productions Ltd"

(Lencongan.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
===Penubuhan dan perkembangan===
[[Runme Shaw]] dan [[Run Run Shaw]] telah membuat studio filem mereka sendiri pada tahun 1937. Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu. Antara filem yang sempat dibuat sebelum peperangan bermula ialah ''Ibu Tiri'', ''Mutiara'', ''[[Bermadu (filem)|Bermadu]]'', ''Tiga Kekaseh'', ''Hanchor Hati'', ''Terang Bulan di Malaya'' dan ''Mata Hantu''.<ref name="MFP" />
 
Pembikinan filem ''[[Toping Saitan (filem)|Toping Saitan]]'' telah terganggu berikutan [[Perang Dunia Kedua]]. Studio ini telah dirampas semasa pendudukan [[Jepun]]. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, mereka telah membelanjakan sebanyak $1,000,000 untuk membina semula kemudahan studio. Studio filem yang terbaru telah dinamakan sebagai ''Malay Film Productions''. Tempatnya beralamat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura.<ref name="MFP" />