Hans-Valentin Hube: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 48:
Hube terlibat dalam [[pencerobohan Poland]] dan [[pertempuran Perancis]] sebagai komander rejimen.{{sfn|Wegmann|2009|p=361}} Beliau dilantik sebagai Panglima [[Divisyen Ke-16 Infantri (Wehrmacht)|Divisyen Ke-16 Infantri]] pada Jun 1940. Selaku Panglima [[Divisyen Ke-16 Panzer (Wehrmacht)|Divisyen Ke-16 Panzer]], beliau terlibat dalam [[Operasi Barbarossa]] sebagai sebahagian daripada [[Kumpulan Tentera Darat Selatan]] Fil Marsyal [[Gerd von Rundstedt]]. Untuk aksi dalam kempen ini, Hube menerima pingat [[Knight Cross of the Iron Cross]]. Pada 16 Januari 1942, beliau dikurniakan darjah Daun Oak untuk pingat Knight Crossnya semasa dalam [[Pertempuran Kiev (1941)|Pertempuran Kiev]]. Hube kemudian memimpin divisyen ini dalam [[Fall Blau]] dan [[Pertempuran Stalingrad]]. Pada September 1942, Hube diberi memerintah [[Kor XIV Panzer]], iaitu formasi induk Divisyen Ke-16 Panzer.
 
Hube memerintah Kor XIV semasa penyerangan balas Soviet, [[Operasi Uranus]]. Beliau dinaikkan pangkat ke ''Generalleutnant'' dan menerima darjah Pedang untuk pingat Knight Cross berserta Daun Oak dari Adolf Hitler sendiri pada 21 Disember 1942. Ketika berada di [[Wolfsschanze|Markas Führer]] di [[Kętrzyn|Rastenburg]], Hube berhujah dengan kuat, tetapi tidak berhasil, supaya Hitler membenarkan Tentera Darat Ke-6 untuk memecah keluar. Sebaliknya, Hitler berjanji akan membuat serangan bantuan yang baru pada pertengahan bulan Februari. Hube menyampaikan rancangan tersebut kepada Paulus setelah kembali ke kawasan kepungan itu. Namun, Hube telah diarahkan keluar sekali lagi pada 10 Januari untuk "mengatur semula bantuan kepada Tentera Darat Ke-6."<ref name=Adam>{{Cite book |last=Adam |first=Wilhelm |first2=Otto |last2=Ruhle |translator=Tony Le Tissier |title=With Paulus at Stalingrad |publisher=Pen and Sword Books Ltd. |year=2015 |ISBN=9781473833869 |page=161,166,170}}</ref>
 
Selepas kemusnahan [[Tentera Darat Ke-6 (Wehrmacht)|Tentera Darat Ke-6]], Hube telah dihantar ke [[Perang Dunia II Kancah Mediterranean dan Timur Tengah|barisan Mediterranean]]. Beliau mewujudkan ''Gruppe Hube'' di Sicily, sebuah formasi bersaiz tentera darat medan yang ditugaskan untuk mempertahankan posisi Jerman di pulau itu. Dengan kemunculan [[Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily|Operasi Husky]] pada 10 Julai, Hube memerintah keseluruhan pertahanan Jerman. Pada 17 Julai 1943 Hube diberi memerintah semua pasukan tentera darat dan [[Peperangan anti pesawat|Flak]] di pulau itu. Hube mengatur pemindahan ke semenanjung [[Itali]]. Beliau telah menyediakan garisan defensif yang kuat, iaitu 'Garis Etna' disekitar [[Messina]], yang akan membolehkan pihak Jerman membuat satu pengunduran yang progresif sambil memindahkan sebahagian besar ketumbukannya ke tanah besar. [[George S. Patton|Patton]] memulakan serangannya ke atas garisan di [[Troina]], tetapi ia adalah tulang belakang pertahanan dan dilindungi dengan kuat. Walaupun berdepan dengan tiga pendaratan amfibia yang 'serentak' pihak Jerman berjaya mengelak sebahagian besar ketumbukan mereka daripada ditawan, dan mengekalkan rancangan pemindahan mereka. Mengundurkan sejumlah besar ketumbukan dari ancaman ditawan di Sicily menunjukkan kejayaan besar bagi pihak Paksi. Hube kemudian terlibat dalam pertempuran mempertahankan posisi-posisi di [[Salerno]] semasa [[Operasi Avalanche]] pihak Bersekutu.