Rachun Dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Jamal ([[Osman Gumanti]]) dan Aminah ([[Kasma Booty]]) yang tinggal di kota Singapura. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Mardiana ([[Supatry]]). Kebahgiaan mereka sekeluarga mulai berubah selepas diperkenalkan dengan Harun ([[P. Ramlee]]). Harun pada mulanya seorang ejen insuran ingin menjual perkhidmatannya kepada Tuan Kamil ([[Jaafar Wiryo]]), ayah kepada Jamal. Walaubagaimanapun perkhidmatan insurannya tidak digemari oleh Tuan Kamil, seorang saudagar perniagaan getah asli. Namun begitu, Harun seorang yang licik dengan teknik pujian terhadap Jamal dan Kamil membuatkan Jamal mulai tertarik untuk berkawan rapat bersama Harun. Jamal dijemput untuk menghadiri ke kelab nyanyian milik Harun dengan rakan-rakannya yang lain. Ketika itulah, Jamal diperkenalkan dengan Aishah ([[Siput Sarawak]]). Harun dan Aishah mempunyai niat yang tidak baik terhadap Jamal. Aishah ditugaskan untuk menggoda Jamal sehingga dia boleh mengabaikan keluarga dan pekerjaannya. Walaupun baharu sehari berkenalan, Jamal sudi untuk menjalinkan perhubungan sulit dengan Aishah tanpa pengetahuan dari isterinya, Aminah.
 
== Pelakon ==