Tomorrow Victory: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
==Sinopsis==
Han Seung-ri, anak seorang pengasas kicap ditinggalkan oleh suaminya Cha Sun-woo untuk mengahwini bekas teman wanitanya, Seo Jae-kyung.
Jae-kyung merupakan anak gadis kepada hartawan yang terkenal, Seo Dong-chun. Setelah kematian ayahnya, Seung-ri terpaksa bekerja keras untuk mengambil alih perniagaan ayahnya itu. Apabila mengetahui bahawa ayahnya mati dibunuh, Seung-ri bertekad untuk mencari pembunuh sebenar ayahnya. Setelah bercerai dengan Seung-ri, Sun-woo kemudian mengahwini Jae-kyung disebabkan dia ingin merampas harta dan syarikat keluarga Jae-kyunkyung.
 
Dong-chun yang mengetahui niat Sun-woo itu mencuba untuk menghalang menantunya itu daripada mencapai niatnya namun bukan mudah apabila Sun-woo sentiasa mempunyai rancangan yang licik untuk menjatuhkan bapa mertuanya itu. Disebabkan Sun-woo, Dong-chun kini meringkuk kedalam penjara sehingga koma. Setelah mengetahui bahwa Sun-woo adalah penyebab kematian ayahnya, Seung-ri kemudian bekerjasama dengan Na Hong-joo. Mereka mula mendekati Jae-kyung dan mendedahkan kejahatan Sun-woo kepada Jae-kyung. Namun pada mulanya Jae-kyung tidak mempercayai kata-kata Seung-ri kerana dia beranggapan bahawa Seung-ri cemburukan hubungan mereka dan sengaja ingin memburuk-burukkan Sun-woo.