Anugerah Juara Lagu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 679:
 
===Kemenangan dan penyertaan berganda===
* Jika mengikut format pertandingan terbuka, hanya [[Francesca Peter|Francissca Peter]] dan [[Manan Ngah]] sahaja yang pernah memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara dan Naib Juara di AJL yang pertama. Manakala jika mengikut format pertandingan kategori, [[M. Nasir]] pernah dua kali menang dua daripada tiga kategori genre masing-masing pada 1994 (Pop Rock & Irama Malaysia) dan 1997 (Irama Malaysia & sebagai penulis lirik untuk kategori Pop Rock) serta penyanyi [[Siti Nurhaliza]] juga sebanyak dua kali pada 1999 dan 2000 (Irama Malaysia & Balada).
 
* Satu-satunya keputusan yang sama untuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Lagu Terbaik keseluruhan adalah menerusi lagu 'Jerat Percintaan' nyanyian Siti Nurhaliza (Dato') pada tahun 1996. Manakala lagu 'Awan Nano' nyanyian Hafiz pula merupakan satu-satunya pemenang Juara Lagu dan juga Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2013.
Baris 805:
* Penyanyi bukan [[bumiputera]] yang pernah berentap ke peringkat akhir AJL adalah [[Alleycats]] (1986, 1987), Ben Nathan (1988) dan [[Jaclyn Victor]] (2005, 2007, 2011) (India) serta [[Vince]] (2004) (Cina Inggeris), [[Casey]] (1995) (Cina & India) dan [[Elizabeth Tan]] (2015).
 
* Penyanyi berketurunan bumiptera selain suku [[Melayu]] yang pernah menyertai pertandingan ini adalah [[Richael L. Gimbang|Rich]] (2007, 2008), [[Stacy]] (2008 - 2010, 2012 - 2013 dan 2014), [[Jimmy Palikat]] (2012) (Kadazan-Dusun) dan Lina Kamsan (1993) (Jawa). Hanya [[Francesca Peter|Francissca Peter]] (1986 - 1988) sahaja yang berketurunan [[Serani]] yang pernah bergelar juara AJL pada 1986.
 
* Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Bumiputera pertama yang memenangi anugerah utama AJL pada 2005 menerusi lagu "Gemilang", beliau berketurunan Cina Peranakan Indonesia. Manakala [[Pete Teo]] menerusi lagu "Pergi" pada 2009 menjadi komposer berketurunan Cina pertama memenangi AJL.