Persidangan Kristian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 10:
==Senarai persidangan gereja==
[[Image:Good shepherd m2.jpg|thumb|220px|Inskripsi kurun ke-4 yang melambangkan al-Masih sebagai Pengembala yang Baik]]
 
===Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama===<!-- This section is linked from [[Ecumenical council]] -->
 
Tempoh agama [[Kristian]] daripada [[Persidangan Nicaea Pertama]] (325) hingga [[Persidangan Nicea Kedua]] (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.
 
*[[Persidangan Gereja Pertama|1.]] [[Persidangan Nicaea Pertama]] (325); tidak mengakui [[Arianisme]] dan [[Quartodecimanisme]], menerima pakai [[Pengakuan Iman Nicea#Pengakuan Iman Nicea 325 yang asal|Pengakuan Iman Nicea yang asal]]. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja [[Nontrinitarianisme|bukan triniti]]&mdash;[[Arianisme]], [[Unitari]], [[Mormon]], dan [[Jehovah's Witnesses]].
*[[Persidangan Gereja Kedua|2.]] [[Persidangan Constantinople Pertama]] (381); menyemak kembali [[Pengakuan Iman Nicea]] kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan [[Ortodoks Orient]] dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.
*[[Persidangan Gereja Ketiga|3.]] [[Persidangan Ephesus Pertama]] (431); tidak mengakui [[Nestorianisme]], mengisytiharkan [[Maryam]] Perawan sebagai [[Theotokos]](bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau lebih umum lagi "Ibu Tuhan").
*[[Persidangan Gereja Keempat|4.]] ''Catatan: Lihat [[Persidangan Gereja Keempat]] untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.''
**[[Persidangan Ephesus Kedua]] (449); menolak [[Nestorianisme]]. [[Dioscorus dari Iskandariyah|Pope Dioscorus]] mendapati [[Eutyches]] menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas [[Persidangan Chalcedon]]. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh [[golongan Chalcedon]] (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).
**[[Persidangan Chalcedon]] (451); tidak mengakui doktrin [[monophysitisme]] [[Eutyches|ajaran Eutyches]] yang menggambarkan dan menggariskan [[Kesatuan Hipostatik|dua zat al-Masih]]sebagai manusia dan tuhan; menerima pakai [[Pengakuan Iman Chalcedon]]. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion [[Ortodoks Orient]]. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah [[Persidangan Lyon Kedua]] (1274).
*[[Persidangan Gereja Kelima|5.]] [[Persidangan Constantinople Kedua]] (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan ''Theopaschite Formula''.
*[[Persidangan Gereja Keenam|6.]] [[Persidangan Constantinople Ketiga]] (680&ndash;681; tidak mengakui [[Monothelitisme]],mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.
**[[Persidangan Quinisext]] (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di [[Trullo]] (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan [[perkembangan kanun Bible Kristian|kanun Bible]]. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.
*[[Persidangan Gereja Ketujuh|7.]] [[Persidangan Nicaea Kedua]] (787); pengembalian penghormatan terhadap [[ikon]] dan penamat [[ikonoklasme (Byzantine)|ikonoklasme]]. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan [[Persidangan Hieria]] (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.
 
Lihat juga [[Synod Ancyra]] pada tahun 341.
 
== Rujukan ==