Perbezaan antara semakan "Hamengkubuwono IX"

Tambah kandungan
(Tambah kandungan)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
'''Sri Sultan Hamengkubuwono IX''' ([[12 April]] [[1912]] - Oktober [[1988]]) adalah Gabenor pertama [[Yogyakarta|Daerah Istimewa Yogyakarta]], Sultan ke-9 Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat (Kesultanan Yogyakarta) dan timbalan presiden [[Indonesia]] yang kedua.
 
Beliau dilahirkan di Sompilan Ngasem, [[Yogyakarta]] dan adalah anak kepada [[Sri Sultan Hamengkubuwono VIII]] dan Raden Ajeng Kustilah. Beliau menuntut di HIS di Yogyakarta, MULO di Semarang dan AMS di Bandung. Pada tahun 1930 beliau melanjutkan pelajarannya di [[Universiti Leiden]] di [[Belanda]]. Sultan muda ini telah menerima pendidikan cara Barat tetapi beliau tidak melupakan asal-usul Jawanya. Beliau ditabalkan sebagai Sultan Yogyakarta pada [[18 Mac]] 1940 dan digelar: ''"Sampeyan Dalem Ingkang Sinuwun Kanjeng Sultan Hamengkubuwono Senopati Ing Alogo Ngabdurrakhman Sayidin Panotogomo Kholifatullah Ingkang Kaping Songo"''.
 
Sri Sultan Hamengkubuwono IX terkenal sebagai seorang yang memberi sokongan kuat kepada gerakan kemerdekaan di Indonesia. Beliau juga terkenal sebagai pendukung prinsip reformasi. Sebagai contoh, salah satu dasar kerajaan yang diperkenalnya adalah untuk memberi lebih banyak kuasa kepada ketua-ketua kampung dan juga membaharui pentadbiran kratonnya.
 
Jurus selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada [[17 Ogos]] [[1945]], beliau dan Sri Paku Alam VIII memutuskan untuk menyokong penubuhan republik yang baru itu. Pada awal 1946, [[ibu kota]] Indonesia dengan cara senyap dipindahkan ke Yogyakarta dan Sri Sultan telah memberi dana untuk membangunkan mekanisme kerajaan itu. Pihak Belanda pula tidak berani untuk menggulingkan Sri Sultan. Semasa pendudukan selama enam bulan oleh Belanda pada 1949, mereka cuba untuk memujuk Sri Sultan untuk mengetuai sebuah kerajaan seluruh Jawa yang mereka reka tetapi tidak berjaya. Sewaktu masa pendudukan, Sri Sultan sering berhubung dengan gerila republik Indonesia yang beroperasi di kampung yang sekitaran. Disebabkan peranan aktif yang diambilnya semasa waktu pendudukan ini, kesultanannya dinaikkan taraf ke sebuah "dearah istimewa" dengan Sri Sultan sebagai Gabenor dan [[Sri Paku Alam VIII]] sebagai Naib Gabenor seumur hidup dan melapor langsung kepada kerajaan pusat di [[Jakarta]] dan bukan kepada Gabenor [[Jawa Tengah]].
 
Selain menjadi Gabenor Yogyakarta, beliau juga dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1950an dan juga Menteri Penyelaras bagi Ekonomi, Perindustrian dan Pembangunan semasa pemerintahan [[Suharto]], sebelum dinaikkan menjadi [[Naib Presiden Indonesia]] pada [[1973]]. Sri Sultan terkenal sebagai seorang yang menolak tawaran untuk melanjutkan penggalnya ke peringkat kedua untuk membantah kuasa authoritarian yang dipegang oleh [[Suharto]].
 
Sri Sultan Hamengkubuwono IX meninggal dunia di ''[[George Washington University Medical Center]]'', [[Amerika Syarikat]], semasa dirawat disana pada Oktober 1988 dan dikebumikan di pemakaman diraja di Imogiri, Yogyakarta. Di kraton diraja di sana terdapat sebuah muzium yang didirikan untuk memperingati sumbangan beliau.
 
== Lihat juga ==
Pengguna awanama