Latifah Omar: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 43:
==Biografi dan kerjaya==
Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru [[Kuala Lumpur]] pada 26 Mac 1939<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/15/latifah-omar-serasi-dengan-nordin-ahmad/ Latifah Omar serasi dengan Nordin Ahmad]</ref> dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke [[Singapura]] bersama ibunya, Rahmah Binti Kassim. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem [[Melayu]] hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik [[Singapura]]. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.
Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi [[filem Panggilan Pulau]] yang ditayangkan pada tahun 1954. [[Filem Panggilan Pulau]] (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya [[P. Ramlee]], [[Normadiah]], [[Nordin Ahmad]], [[Daeng Idris]], [[Yusof Latiff]], [[A. Rahim]], [[Salleh Kamil]], [[S. Shamsudin]], [[Siti Tanjung Perak]], [[Omar Rojik]], [[S. Kadarisman]], [[Ibrahim Pendek]] dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .
|