Muhammad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aybeg (bincang | sumb.)
k Ullierlich telah memindahkan laman Nabi Muhammad SAW ke Muhammad (nabi): Untuk objektiviti
Aybeg (bincang | sumb.)
Untuk objektiviti
Baris 58:
 
== Berumahtangga ==
{{utama|Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.}}
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam ([[Syria]]). Baginda mengelolakan [[perniagaan|urusniaga]] itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
 
Baris 91:
<center>''"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."''</center>
 
Ini merupakan [[wahyu]] pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan RasulullahMuhammad dan dikumpulkan dalam buku bernama ''Al Mushaf'' yang juga dinamakan ''[[Al-Quran]]'' (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh RasulullahMuhammad sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama [[Sunnah]]. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
 
== Marhalah dakwah RasulullahMuhammad ==
Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:<ref name=ARAM76>{{petik buku |title=[[Ar-Raheeq Al-Makhtum]] |pages=76 |chapter=In the Shade of the Message and Prophethood}}</ref>
# Fasa Makkah: hampir 13 tahun
Baris 101:
# Fasa Madinah: 10 tahun
 
Perjuangan dakwah RasulullahMuhammad juga boleh diringkaskan sebagai berikut:
 
* Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran ([[fikrah]]) dan metod ([[thariqah]]) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
Baris 110:
 
== Thalabun Nusrah ==
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan RasulullahMuhammad Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
 
* Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Baris 117:
 
== Cabaran-cabaran ==
Apabila RasulullahMuhammad menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah [[Khadijah binti Khuwailid|Khadijah]], [[Ali bin Abi Talib|Ali]], [[Zaid ibn Harithah|Zaid]] dan [[Bilal bin Rabah|Bilal]]. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama [[Islam]] yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
 
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil [[masyarakat]] yang dihormati di [[Makkah]] menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, [[Uthman bin Affan]], Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Baris 124:
 
== Hijrah ==
Di Makkah terdapat [[Kaabah]] yang telah dibina oleh [[Nabi Ibrahim a.s.]] beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan [[tradisi]] mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari [[Yathrib]]. Mereka menemui RasulullahMuhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama [[Aqabah]] secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, RasulullahMuhammad dan orang-orang Islam Mekah.
 
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui RasulullahMuhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik RasulullahMuhammad untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. RasulullahMuhammad akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
 
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, [[masyarakat]] [[jahiliyah]] Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke [[Yathrib]]. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
 
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali RasulullahMuhammad, [[Abu Bakar]], [[Ali]] dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, RasulullahMuhammad akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
 
== Madinah ==
Di [[Madinah]], kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan RasulullahMuhammad Umat Islam bebas mengerjakan [[solat]] di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang [[Muslim]] pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
 
== Pembukaan Kota Makkah ==
Baris 140:
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
 
== Meneladani perbuatan RasulullahMuhammad ==
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan RasulullahMuhammad dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi RasulullahMuhammad maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).<br />
 
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi RasulullahMuhammad, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi RasulullahMuhammad, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan [[Ijmak]] Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.<br />
 
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:<br />
Baris 159:
Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)<br />
 
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan RasulullahMuhammad, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.<br />
 
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
 
== Pesanan terakhir Muhammad (Isi khutbah terakhir Muhammad) ==
Ketika RasulullahMuhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir RasulullahMuhammad itu ialah:
 
 
Baris 208:
Dalam [[Surah Al-Saf]] ayat '''[http://tanzil.net/#61:6 ke-6]''', disebut "احمد" yang bermaksud Yang Terpuji = "محمد"
 
Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang lain seperti " يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ " ( Wahai Nabi ), "[http://tanzil.net/#2:119 بَشِيرً]" [ Pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], "[[شَاهِدً|<nowiki/>]][http://tanzil.net/#33:45 شَاهِدً]" ( Saksi ), "[http://tanzil.net/#11:2 نَذِيرٌ]" [ Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ( ingkar ) ) ], "[http://tanzil.net/#88:21 مُذَكِّرٌ]" ( Pemberi ingatan ), "[http://tanzil.net/#5:15 نُورٌ]" [ Cahaya ( kebenaran ) ], "خَاتَمَ النَّبِيِّينَ" ( Kesudahan Nabi-Nabi). Nabi Muhammad S.A.W kadang-kadang dipangil dengan sebutan yang diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka Baginda di panggil "[http://tanzil.net/#74:1 الْمُدَّثِّرُ]","[http://tanzil.net/#73:1 الْمُزَّمِّلُ]" ( Yang berselimut ), dll.
 
== Lihat juga ==