Empayar Uthmaniyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Aybeg (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 189:
Pada tahun [[1357]] mereka menyeberangi [[Dardanelles]] menuju ke semenanjung [[Gallipoli]] dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk [[Greece]] dan [[Bulgaria]]. [[Constantinople]] (kemudian ditukar nama kepada [[Istanbul]]) setelah jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun [[1453]]. Pada tahun [[1526]] sebagian besar wilayah [[Hungary]] telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di [[Laut Mediterranean]] dan melaksanakan tugasnya dalam peperangan dengan [[Sepanyol]] dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. [[Algeria]] segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan [[Tunisia]] sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki [[Iraq]] dan bahagian-bahagian wilayah [[Arab]] yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam ialah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun [[1542]], Dewan Kota Praja Basel di [[Switzerland]] membekukan penerbitan terjemahan [[Al-Quran]] yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas [[Vienna]] di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniyyah kini pula menghadapi persekutuan dari [[Austria]], [[Poland]], [[Venice]] dan [[Paus]], dan bangsa [[Rusia]].
 
Semenjak tahun [[1699]] mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam [[perjanjian damai Karlovitz]], Uthmaniyyah dipaksa bersetuju untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Venice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara [[Laut Hitam]]. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan [[Perancis]] ke atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "Orang sakit Eropah" dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam [[Perang Dunia I]] pada tahun 1912-1919, kesemua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara [[Edirne]] (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan [[Mustafa KamalKemal AtaturkAtatürk]] telah menghapuskan nama kerajaan Uthmaniyyah pada [[1922]] dan diganti dengan [[Republik Turki]]. Wilayah-wilayah jajahan di [[Asia]] dan [[Afrika]] dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
 
== Sejarah ==
Baris 308:
Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.
 
Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai ''[[Bey]]''. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan [[Seljuk]]. Sultan [[Murad I]] ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya [[Constantinople]] (Istanbul) pada tahun [[1453]], empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun [[1517]], sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat [[Islam]]. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah[[Muhammad s.a.w(nabi)|Muhammad]].
 
== Undang-undang ==
Baris 371:
* [[1913]]M- [[Perang Balkan Kedua]].
* [[1914]]M- Empayar Uthmaniyyah memasuki [[Perang Dunia I]] sebagai sekutu kuasa tengah.
* [[1919]]M- [[Mustafa Kemal AtaturkAtatürk]] mendarat di [[Samsun]].
* [[1923]]M- Sistem kesultanan dihapuskan. [[Turki]] diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* [[1924]]M- Pejabat [[khalifah]] dihapuskan. Tamatnya pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah.