Nunuk Ragang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 32:
 
==== Tekanan Minorit ====
Lagenda mengenai Nunuk Ragang sebagai penempatan awal kaum Kadazan-Dusun tidak lengkap tanpa menyentuh peranan yang dimainkan oleh apa yang disebut sebagai Minorit.{{fact}} Minorit, adalah sejenis mahkluk roh atau roh-roh yang kecil yang mempunyai bentuk tubuh seperti manusia.
 
Sebelum abad ke 19, istilah Minorit ini, tidak terdapat tercatit di mana-mana rekod. Ini disebabkan suku kaum Kadazan-Dusun tidak memiliki sebarang system penulisan. Segala maklumat di perturunkan oleh kaum tua-tua kepada kaum generasi muda hanya melalui cerita. Cerita-cerita tersebut seringkali merupakan sebuah metafora untuk menggambarkan keadaan atau kejadian yang benar, namun perlu disampaikan dalam bentuk metafora guna menyembuni sesuatu keadaan atau melindungi seseorang. Sehingga ke tahun 50an dan 60an, semasa generasi muda Kadazan-dusun masih sangat fasih berbahasa ibunda mereka, frasa “Minorit ialoh” (engkau seorang Minorit), “minorit!!” selalu kedengaran dipakai sebagai frasa pernyataan sifat-sifat atau kata luahan kekecewaan. Kini frasa atau perkataan tersebut tidak lagi digunakan mungkin kerana pengunaannya dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh generasi siber{{fact}}. Memang benar bahawa frasa atau perkataan tersebut tergolong pada Zaman kuno.
 
Seorang pengkaji etnografi juga arckeologi<ref>I.H.N. Evans (1922); The Religion Of The Tempasuk Dusun Of Borneo. ''Cambridge University Press.''m.s.30</ref> telah membuat rekod bertulis mengenai istilah ini . Menurut kajiannya perkataan Minorit di pakai oleh suku [[Dusun Tindal]] di Tempasuk dan juga oleh suku Dusun [[Rungus]] di [[Matunggong]] bagi merujuk kepada keadaan atau sifat yang membosankan kerana “terus ada persamaan”. Sebagai contoh frasa “minorit o Paka” (semua rumput lalang) dipakai untuk merujuk kepada keadaan tanah yang telah di liputi keseluruhannya oleh tumbuhan yang tidak disukai ia itu rumput lalang, seperti yang kini terjadi meluas dalam daerah Matunggong, Sabah. Usaha pembangunan pertanian pun sangat sukar, kebakaran liar terjadi setiap musim kemarau dan kawasan tanah telah kehilangan kesuburan. Keadaan kemiskinan di kalangan penduduk berleluasa.