Majlis Perbandaran Kangar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 6:
Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Sanitary Board". Pengerusi lembaga berkenaan adalah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dengan dibantu oleh 11 orang Ahli Lembaga yang berkuasa memberi nasihat kepada Pesuruhjaya tersebut. Dari segi kewangan, anggaran perbelanjaan dan hasil disediakan sama seperti jabatan kerajaan yang lain iaitu sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri disamping sebahagian lagi oleh Kerajaan Tempatan sendiri.
 
Pada tahun 1956, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail, Raja Perlis telah melantik satu Suruhanjaya untuk mengkaji dan membuat syor mengenai Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis. Melalui cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya tersebut, pekan-pekan yang terletak di bawah "Sanitary Board" telah disusun semula di bawah empat Penguasa Tempatan iaitu Majlis Bandaran Penancis Kangar (MBK), Lembaga Bandar Padang Besar, Majlis Tempatan Kaki Bukit dan Majlis Tempatan Simpang Empat. MBK mentadbir tiga buah pekan iaitu Kangar, Arau dan Kuala Perlis.
 
Pada 1 Januari 1980, kesemua Penguasa Tempatan di Perlis disusun semula. Pihak Kerajaan telah menyarankan agar kesemua Penguasa Tempatan di Perlis disatukan bagi memastikan sistem pentadbiran dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih cemerlang. Memandangkan Negeri Perlis adalah merupakan sebuah negeri yang unik dari segi keluasannya, maka yang demikian telah diputuskan bahawa hanya satu pusat pihak Penguasa Tempatan yang harus diwujudkan. Sehubungan dengan itu, Penguasa tempatan yang diwujudkan telah diberi taraf otonomi dan dinamakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).