Mas Idayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Samuele2002 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 210.195.177.60 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Alexander Iskandar
Teg: Undur
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 60:
 
Siaran stesen televisyen [[Indosiar]] di [[Indonesia]] bersama penyanyi dangdut dan irama melayu terkenal lain iaitu [[Inul Daratista]], Iis Dahlia, Saipul Jamil, Soimah, Elvy Sukaesih, Ivan Gunawan, [[Amelina]], [[Siti Nurhaliza]], [[Benigno Aquino]], Cici Faramida dan Rita Sugiarto <ref>http://showbiz.liputan6.com/read/2367792/memetakan-kekuatan-peserta-d-academy-asia-dari-4-negara</ref>.
 
Pada tahun 2016, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam program realiti TV popular [[Akademi Fantasia 2016| Akademi Fantasi Musim ke -13]] .Beliau memainkan peranan selaku Guru Vokal Persembahan dan para pelajar AF2016 memanggil beliau dengan gelaran Cikgu Mummy. Mas Idayu mencipta sejarah tersendiri di dalam [[Akademi Fantasia]] apabila menjadi satu-satunya tenaga pengajar yang membawa rotan ke dalam kelas. Meskipun Mas Idayu atau Cikgu Mummy ini berperwatakan garang di dalam kelas, namun beliau amat dihormati dan disayangi oleh para pelajarnya. Hasil kesungguhan daripada didikan beliau dan para tenaga pengajar AF yang lain seperti Dato' Shake (Pengetua AF2016), Cikgu Shahrol (Guru Vokal Teknikal), Cikgu [[Linda Jasmine]] (Guru Koreografi), Cikgu [[Ellie Suriati]] (Guru Seni Persembahan), Dato' Aliff Syukri (Guru Motivasi), [[Edry Abdul Halim]] (Pengarah Muzik) dan Coach Cem (Jurulatih Kecergasan), AF2016 telah melahirkan bintang-bintang baharu di dalam industri hiburan tanah air seperti Amir Masdi, Ara Johari, Reshma Martin dan Isa Khan.
 
Setelah lebih 25 tahun bertapak kukuh di dalam industri muzik, nama Mas Idayu masih kekal utuh dan sinonim di kalangan rakyat Malaysia dan sering diundang membuat persembahan di kaca TV mahupun konsert-konsert, juga sering dipanggil untuk menjadi juri pertandingan nyanyian dan pengajar vokal. Biarpun seringkali dikaitkan dengan sikap sombong dan tidak mudah mesra dengan media, namun diakui Mas Idayu merupakan seorang penghibur profesional yang menggunakan segala pengalamannya untuk terus menghiburkan penonton<ref>http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm</ref>. Terkenal dengan gelaran Ratu Gelek 45° dan gaya memegang pembesar suara yang unik, beliau diakui ramai adalah salah seorang nama besar atau lagenda dalam muzik dangdut di Malaysia selain lagenda 60an hingga 90an seperti [[S. Roha]], [[Sarena Hashim]], [[Zaleha Hamid]], [[Ramlah Ram]] dan [[Amelina]].