Parlimen Scotland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Tentang|badan perundangan masa kini|badan perundangan sebelum 1707|Parlimen Scotland (1707)}}
{{Kotak info badan perundangan
| Nama = Parlimen Scotland <{{br/>}} ڤرليمن سکوتلند
| Nama asal = ''Pàrlamaid na h-Alba {{br}} The Scots Pairlament''
| Nama transkripsi =
Baris 90:
Sejak September 2004, bangunan rasmi bagi Parlimen Scotland telah menjadi [[Bangunan Parlimen Scotland]] yang baru, di kawasan Holyrood, Edinburgh. Bangunan itu telah direka bentuk oleh arkitek Sepanyol, [[Enric Miralles]] dengan kerjasama firma seni bina Edinburgh tempatan [[RMJM]] yang diketuai oleh [[Tony Kettle]]. Beberapa ciri utama bangunan baru itu adalah bentuknya yang seperti daun, cabang berbumbung rumput yang bergabung menjadi taman bersebelahan dan dinding gabion yang dibentuk daripada batu-batu bangunan sebelumnya. Sepanjang bangunan tersebut terdapat banyak motif berulang seperti bentuk-bentuk berdasarkan pada lukisan oleh Raeburn, ''[[Reverend Robert Walker Meluncur di Loch Duddingston|Menteri Meluncur]]''.{{R|Raeburn}} Tebar layar bertangga dan jendela langit bot terbalik di Lobi Kebun melengkapkan seni binanya yang unik.{{R|Architecture}} Baginda [[Ratu Elizabeth II]] melancarkan pembukaan bangunan baru Parlimen pada 9 Oktober 2004.
 
Pada Mac 2006, salah satu rasuk bumbung bangunan tergelincir dan ditinggalkan tergantung di atas bangku belakang semasa satu sesi perbahasan.{{R|Suspension}} Dewan perbahasan kemudiannya ditutup dan ahli-ahli Parlimen (MSP) dipindahkan ke [[The Hub, Edinburgh|The Hub]] untuk seminggu, sementara pemeriksaan dijalankan.{{R|Beam}} Ketika pembaikan, kesemua perniagaanurusan dewan dilakukan di bilik jawatankuasa dua Parlimen.
 
===Tempat sementara (1999–2004)===
Baris 101:
Selepas setiap pilihan raya bagi Parlimen Scotland, pada permulaan sesi parlimen, seorang MSP akan dipilih untuk berkhidmat sebagai [[Pegawai Pengerusi Parlimen Scotland|Pegawai Pengerusi]], satu jawatan yang setara dengan speaker di badan-badan perundangan lain, dan dua orang MSP untuk berkhidmat sebagai timbalan. Pegawai Pengerusi (kini [[Ken Macintosh]]) dan para timbalan (kini [[Linda Fabiani]] dan [[Christine Grahame]]) dipilih melalui [[undi sulit|undian rahsia]] oleh 129 orang MSP, di mana ia satu-satunya undian sedemikian yang dilakukan di dalam Parlimen. Pada asasnya, peranan Pegawai Pengerusi adalah untuk mempengerusikan prosiding-prosiding dewan dan Badan Korporat Parlimen Scotland.{{R|PresidingOfficerIndex}} Apabila mempengerusikan mesyuarat Parlimen, Pegawai Pengerusi dan timbalannya mestilah tidak memihak kepada mana-mana parti politik.{{R|PresidingOfficer}} Semasa perbahasan, Pegawai Pengerusi (atau timbalannya) dibantu oleh kerani parlimen, yang memberi nasihat bagaimana untuk mentafsir aturan tetap yang menguruskan prosiding-prosiding mesyuarat. Kerani undi duduk di hadapan Pegawai Pengerusi dan mengendalikan peralatan pengundian elektronik dan jam-jam dewan.{{R|Chamber}}
 
Sebagai seorang ahli [[Badan Korporat Parlimen Scotland]], Pegawai Pengerusi bertanggungjawab untuk memastikan Parlimen berfungsi dengan cekap dan mempunyai kakitangan, pemilikan dan sumber yang diperlukan untuk beroperasi.{{R|SPCBremit}} Mengadakan Biro Parlimen yang memperuntukkan masa dan menetapkan agenda kerja di dalam dewan adalah salah satu peranan Pegawai Pengerusi. Di bawah [[Tatacara parlimen|aturan tetap parlimen]], Biro terdiri daripada Pegawai Pengerusi dan seorang wakil daripada setiap parti siasah dengan lima atau lebih kerusi di dalam Parlimen. Antara kewajipan Biro adalah untuk bersetuju dengan jadual waktu perniagaanurusan di dalam dewan, mewujudkan nombor, bidang kuasa dan keahlian jawatankasa parlimen dan mengawal atur perjalanan (rang) undang-undang melalui Parlimen. Pegawai Pengerusi juga mewakili Parlimen Scotland di dalam dan luar dengan kapasiti rasmi.{{R|PresidingOfficer}}
 
Pegawai Pengerusi mengawal perbahasan-perbahasan dengan memanggil ahli Parlimen (MSP) untuk berucap. Jika seorang ahli percaya bahawa peraturan (atau aturan tetap) telah dilanggar, beliau boleh membangkitkan "mengikut peraturan", di mana Pegawai Pengerusi akan membuat keputusan yang tidak tertakluk kepada sebarang perbahasan atau rayuan. Pegawai Pengerusi juga boleh menegur tatatertib kepada MSP yang gagal mematuhi peraturan-peraturan Parlimen.{{R|PresidingOfficer}}
 
Ahli Pemerintah Scotland yang bertugas untuk memimpin perniagaanurusan Eksekutif melalui Parlimen ialah Menteri untuk PerniagaanUrusan Parlimen (kini [[Joe FitzPatrick]]). Menteri tersebut dilantik oleh [[Menteri Pertama Scotland|Menteri Pertama]] dan ia adalah Menteri Muda di dalam Pemerintah Scotland, yang tidak menghadiri kabinet.
 
== Dewan parlimen ==
Baris 114:
 
Di hadapan meja Pegawai Pengerusi terdapat [[Cokmar istiadat|cokmar]] parlimen{{R|bbc mace}} yang dibuat daripada perak dan bertatahkan emas yang diambil dari sungai-sungai di Scotland serta perkataan "''Wisdom, Compassion, Justice and Integrity''" (Hikmah, Belas kasihan, Keadilan dan Kewibawaan) ditulis padanya.{{R|mace}} "''There shall be a Scottish Parliament''" (Maka hendaklah ada Parlimen Scotland), yang merupakan perkataan-perkataan pertama daripada Akta Scotland ditulis mengelilingi kepala cokmar,{{R|bbc mace}}{{R|mace}}{{R|DonaldDewarSpeech1999}} yang mempunyai peranan istiadat dalam mesyuarat Parlimen, mewakili kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang. Dihadapkan ke Parlimen Scotland oleh Baginda Ratu apabila pembukaan rasmi Parlimen pada Julai 1999, cokmar dipaparkan dalam bekas kaca, digantung daripada penutupnya. Pada permulaan setiap persidangan di dalam dewan, penutup kaca diputarkan supaya cokmar berada di atas kaca untuk menandakan mesyuarat penuh sedang dijalankan.{{R|Chamber}}
 
== Persidangan ==
Sidang parlimen biasanya diadakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis dari awal Januari hingga lewat Jun dan dari awal September hingga pertengahan Disember, dengan dua minggu rehat pada bulan April dan Oktober. Mesyuarat pleno di dewan perbahasan biasanya mengambil tempat pada petang Rabu dari jam 2 petang hingga 6 petang dan pada Khamis dari 9.15 pagi hingga 6 petang. Perbahasan dan mesyuarat jawatankuasa dewan dibuka kepada orang awam di mana masuk adalah percuma tetapi tempahan awal digalakkan kerana ruang yang terhad. TV Parlimen merupakan siar web dan arkib urusan dalam Parlimen sejak 2012 dan pada saluran [[BBC Parliament]] milik [[Perbadanan Penyiaran British]] (BBC). Persidangan juga dirakamkan dalam bentuk teks, cetakan dan dalam taian, di dalam ''Laporan Rasmi'', yang merupakan transkrip kata demi kata yang penting bagi perbahasan-perbahasan parlimen.
 
== Rujukan ==