William I dari England: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
}}
 
'''William dari Normandie''' ([[bahasa Perancis]]: ''Guillaume de Normandie''; k.k. [[1028]] – [[9 September]] [[1087]]) memerintah sebagai [[Duke Normandie]] dari tahun [[1035]] hingga tahun [[1087]] dan menjadi [[Pemerintahan beraja Inggeris|Raja England]] dari tahun [[1066]] hingga tahun [[1087]]. William memenangi [[Pertempuran Hastings]] pada tahun 1066 ketika menyerang [[England]], dan menumpaskan pemberontakan-pemberontakan Inggeris yang menyusul dalam apa yang kini dikenali sebagai [[Penaklukan NormandieEngland oleh Norman|Penaklukan Normandy]]. Tiada potret tulen William pernah ditemui. Baginda digambarkan sebagai seorang lelaki yang besar dan tegap, kuat dalam semua erti kata, sudah mula botak di depan, dan mempunyai gaya raja.
 
Dalam [[tatanama]] kini, William ialah Duke Normandie sebagai '''William II''', dan Raja England sebagai '''William I'''. Baginda juga dikenali sebagai '''William si Penakluk''' (''Guillaume le Conquérant'') dan '''William si Anak Haram''' (''Guillaume le Bâtard'').
Baris 29:
Anak lelaki tunggal kepada [[Robert si Cemerlang]] dan [[Herleva]] (besar kemungkinan anak perempuan Fulbert, penyamak kulit binatang setempat), William dilahirkan [[Anak haram|di luar nikah]] di [[Falaise, Calvados, Perancis|Falaise]], [[Normandie]]. Tarikh lahirnya yang tepat tidak dapat dipastikan, tetapi diketahui merupakan tahun [[1027]] atau [[1028]], dengan besar kemungkinan pada [[musim luruh]] tahun 1028. baginda adalah cucu saudara lelaki Permaisuri [[Emma dari Normandie|Emma]], isteri Raja [[Ethelred si Belum Sedia]] (kemudiannya Raja [[Canute Agung|Canute]]).
 
Pada tahun [[1035]], William mewarisi [[Duchy Normandie]] ayahnya ketika hanya berumur 7 tahun, dan dikenali sebagai Duke William II dari Normandie ([[bahasa Perancis]]: ''Guillaume II, duc de Normandie''). Baginda hilang tiga orang penjaga dalam komplot-komplot untuk merampas kuasanya. Count [[Duke-duke pohon salasilah Brittany|Alan dari Brittany]] kemudian menjadi penjaganya. Raja [[Henri I dari PernacisPerancis]] mengurniainya darjah kesatria ketika baginda berumur 15 tahun. Menjelang masa William mencapai umur 19 tahun, baginda telah menangani ancaman-ancaman perberontakan dan serangan dengan amat berjaya. Dengan bantuan Raja Henri, William akhirnya menguasai Normandie selepas menewaskan baron-baron Normandie yang memberontak di [[Caen]] dalam [[Perang Val-es-Dunes]] pada tahun [[1047]].
 
Walaupun ditentang oleh [[Paus Leo IX]], William berkahwin dengan saudara sepupunya, [[Matilda ofdari Flanders]], pada tahun [[1053]] di Katedral Notre Dame, [[Eu, Seine-Maritime|Eu]], Normandie (kini [[Seine-Maritime]])., meskipun mendapat tentangan daripada [[Paus Leo IX]], Ketika itu, baginda berumur 26 tahun, dan saudara sepupunya berumur 22 tahun. Mereka dikurniakan dengan empat anak lelaki dan enam anak perempuan (sila lihat senarai di bawah).
 
Adik-adik lelaki tirinya, [[Odo dari Bayeux]] dan [[Robert, Count dari Mortain]] memainkan peranan yang utama dalam kehidupan William. William juga mempunyai seorang kakak, [[Adelaide dari Normandie]].
Baris 43:
[[Witenagemot]], perhimpunan [[bangsawan]] yang terutama di England, meluluskan [[kemahkotaan]] Harold. Baginda dimahkotakan pada [[5 Januari]] [[1066]], dengan gelaran Raja [[Harold II dari England]]. Untuk mengejar tuntutannya, William memperoleh sokongan daripada [[Paus Alexander II]], dan mengumpulkan satu armada yang terdiri daripada lebih kurang 600 buah kapal dan 7,000 [[askar]]. William mendarat di [[Pevensey]], [[Sussex]] pada [[28 September]] [[1066]] dan selepas membina sebuah [[kastil]] [[kayu]] pasang siap berhampiran dengan [[Hastings]] sebagai pangkalannya, baginda memulakan pemusnahan tanah. Ini membangkitkan kemarahan Harold kerana kawasan Sussex ini adalah ladang peribadinya. Mungkin disebabkan ini, baginda bertindak dengan semerta merta dan tergesa-gesa, tanpa menunggu sebarang tenaga bantuan dari [[London]].
 
Raja Harold ketika itu di utara England dan baru sahaja menewaskan [[Harald III dari Norway]], pesaingnya yang disokong oleh adik Harold sendiri, Tostig. Baginda memarakan tenteranya yang lebih kurang sama saiznya dengan tentera William sejauh 250 [[Batu (ukuran)|batu]] dalam tempoh 9 hari untuk mencabar William dalam perang penentu di Senlac. Perang itu yang kemudian dikenali sebagai [[PerangPertempuran HastingHastings]] berlaku pada [[4 Oktober]] [[1066]]. Menurut sesetengah laporan yang mungkin mendasarkan tafsiran [[Dewangga Bayeux]] yang memperingati kemenangan Normandie, Harold dikatakan dibunuh oleh anak panah yang tertusuk matanya. Angkatan tentera Inggeris melarikan diri dan dengan itu, memberi kemenangan kepada William. Ini merupakan saat pentakrifan yang kini dikenali sebagai [[Penaklukan England oleh Norman|Penaklukan Norman]].
 
Tidak berupaya masuk ke London, William menuju ke [[Wallingford]], dan disambut oleh [[Wigod]] yang menyokong perjuangannya. Wallingford merupakan tempat penyerahan-penyerahan pertama, termasuk Ketua Biskop Canterbury. <ref>http://www.berkshirehistory.com/villages/wallingford.html</ref> Orang-orang bangsawan Anglo-Saxon menyerah kepada William di [[Berkhamsted]], [[Hertfordshire]], dan mengisytiharkan William sebagai Raja England di sana. William kemudian dimahkotai di [[Gereja Westminster]] pada [[25 Disember]] [[1066]].
 
Walaupun bahagian selatan England menyerah kepada pemerintahan Norman dengan cepat, tentangan berterusan, khususnya di bahagian Utara selama lagi enam tahun sehingga tahun [[1072]]. Anak-anak haram Harold membuat percubaan untuk menyerang bahagian barat daya semenanjang. Pemberontakan-pemberontakan berlaku di [[Welsh Marches]] dan [[Stafford]]. Serangan yang berasingan oleh orang-orang [[Denmark]] dan [[Scotland]] juga berlaku. Penewasan pemberontakan-pemberontakan ini oleh William mencetuskan pemusnahan [[Northumbria]] sebagai dendaman, serta untuk menidakkan sumber-sumber kepada musuh-musuhnya. Peristiwa ini dikenali sebagai [[Porak-peranda Utara]] (kekadangjuga dipanggil Penyikatan).
 
Tentangan serius yang terakhir berlaku dalam [[Pemberontakan Earl]] pada tahun [[1075]]. Satu perlima pendudk England dianggarkan maut akibat [[perang]], [[pembunuhan beramai-ramai]], dan [[kebuluran]].