Perbezaan antara semakan "Diplomasi Nabi Muhammad"

Untuk objektiviti
k (Ullierlich telah memindahkan laman Diplomasi Nabi Muhammad SAW ke Diplomasi Nabi Muhammad: Untuk objektiviti)
(Untuk objektiviti)
 
Apabila Nabi Muhammad [[Nabi Muhammad di Madinah|tiba di Madinah]] dalam tahun 622 M, [[suku kaum Arab yang berinteraksi dengan Nabi Muhammad|kaum-kaum tempatan]], khususnya [[Bani Aws]] dan [[Bani Khazraj]], sedang saling bertelagah buat beberapa dasawarsa.<ref name="wattAus">Watt. al-Aus; Encyclopaedia of Islam</ref> Nabi Muhammad menangani masalah ini dengan mewujudkan [[Piagam Madinah|Perlembagaan Madinah]]: sebuah dokumen yang mengatur perhubungan antara puak-puak yang berada di Madinah, yang dipersetujui oleh semua yang terlibat. Peranan ini merupakan peranan yang berlainan buat baginda oleh sebab baginda hanya bertindak dari segi peranana keagamaan semasa di [[Makkah]]. Hasilnya adalah penubuhan sebuah masyarakat yang bersatu padu di Madinah, dan juga kekuatan politik yang unggul buat baginda.<ref name="buhlm">Buhl; Welch. Muhammad; Encyclopaedia of Islam</ref><ref>Watt (1974) pp. 93—96</ref>
 
Nabi Muhammad juga mengambil bahagian dalam perjanjian dan [[baiat]] (ikrar) seperti "Baiat al-Aqabah", [[Perjanjian Hudaibiyah]], dan "[[Baiat Ridhwan]]". Dilaporkan yang baginda menggunakan sebuah [[mohor]] perak pada surat-surat yang dikirim kepada ketua-ketua lain sebagai sebahagian daripada usaha "[[dakwah]]" baginda.<ref name="m412" /><ref name="buhlm"/><ref>[http://www.witness-pioneer.org/vil/Books/MH_LM/campaign_of_khaybar_and_missions_to_kings.htm Haykal (1993) Section: "The Prophet's Delegates"]</ref>
 
== Rujukan ==
 
[[Kategori:Islam]]
[[Kategori:Nabi Muhammad s.a.w.]]
 
{{tunas|Islam}}
285

suntingan