Israk dan Mikraj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Aybeg (bincang | sumb.)
Untuk objektiviti
Baris 1:
{{Islam}}
{{Muhammad}}
Peristiwa '''Israk dan Mikraj''' [[Nabi Muhammad s.a.w.(nabi)|Muhammad]] terjadi pada 27 [[Rejab]] tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat [[Islam]]. Tarikh ini bersamaan [[622]] M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum [[Hijrah]] dari [[Makkah]] ke [[Madinah]]. Tahun ini juga dikenali sebagai [[Tahun Dukacita]] kerana bapa saudaranya [[Abu Talib]] dan isterinya [[Khadijah binti Khuwailid]] meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya [[Zaid ibn Harithah]] diusir dan dibaling batu oleh penduduk [[Taif]] sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam [[surah Al-Israa’]] ayat 1 ([[Al-Quran]]:17:1). [[Surah An-Najm]] (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
 
 
Baris 14:
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan [[Nabi Ibrahim]], [[Nabi Musa]] dan [[Nabi Isa]].
 
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam [[takwim Islam]] kerana menandakan seseorang itu Islam atau [[kufur]]. Ia sebuah mukjizat dari [[Allah S.W.T]] bagi [[NabiMuhammad (nabi)|Muhammad s.a.w.]] yang tidak pernah dilakukan oleh [[rasul]] dan [[nabi]] sebelumnya. Hanya [[Nabi Muhammad s.a.w.]] sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh [[Allah|Allah S.W.T]] untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan [[Allah]] S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), [[Nabi Muhammad]] didampingi Malaikat [[Jibril]] dan [[Mikail]] menunggang seekor haiwan yang disebut '[[Buraq]]'.
Baris 22:
==Pelbagai peristiwa dilihat==
 
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi [[Nabi Muhammad s.a.w.]] serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
 
# Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat [[Jibril]] menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah ([[Madinah]]) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina ([[Bukit Thursina]]), tempat [[Allah]] berfirman kepada [[Nabi Musa]], serta di Bethelehem, tempat lahirnya [[Nabi Isa]] putera Maryam (Mary).
Baris 28:
# Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati [[Masyitah]] dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan [[Allah]].
# Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
# Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan [[Nabi Muhammad s.a.w.(nabi)|Muhammad]] sebagai pemimpin utama.
 
 
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh [[Nabi Muhammad s.a.w.]] Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan [[solat]] fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
 
==Bantahan orang Quraisy==
Baris 58:
# Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
 
[[Kategori:Nabi Muhammad s.a.w.]]
[[Kategori:Mitologi Islam]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]