Pengakisan: Perbezaan antara semakan

273 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Dicipta dengan menterjemah laman "Corrosion")
 
Tiada ringkasan suntingan
[[Fail:Rust_Bolt.JPG|thumb|Pengakisan pada logam yang terdedah termasuk juga nat dan bolt]]
'''Pengakisan''' ({{lang-en|corrosion}})<ref>{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=corrosion|title= 'corrosion'— Maklumat Kata|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|access-date=14 Januari 2018}}</ref> ialah [[Penghakisan|proses semula jadi]] yang menukarkan logam yang lebih halus kepada bentuknya yang stabil kimia seperti dala bentuk [[oksida]], [[hidroksida]] atau [[sulfida]]. Ia merupakan kemusnahan bahan (biasanya [[logam]]) secara beransur-ansur oleh bahan kimia dan/atau tindak balas elektrokimia dengan persekitaran. Kejuruteraan pengakisan (''corrosion engineering'') adalah satu bidang mengkhusus dalam pengawalan dan penghentian pengakisan.
 
Pengakisan paling biasanya merujuk kepada [[Tindak balas redoks|pengoksidaan]] [[elektrokimia]] logam dalam tindak balas dengan bahan pengoksida seperti [[oksigen]] atau [[Belerang|sulfur]]. [[Karat|Pengaratan]] iaitu pembentukan [[besi]] oksida, adalah satu contoh pengakisan elektrokimia yang dikenali. Kerosakan jenis ini biasanya menghasilkan [[oksida]] atau [[Garam (kimia)|garam]] daripada logam asal serta penampakan warna kejinggaan yang tersendiri pada permukaan bahan. Karat juga boleh berlaku dalam bahan-bahan lain selain daripada logam seperti [[seramik]] atau [[polimer]], meskipun istilah "penguraian" lebih biasa digunakan dalam konteks ini. Pengakisan menjejaskan sifat bahan dan struktur yang berguna termasuk kekuatan, penampilan dan kemudahtelapan kepada cecair dan gas.
 
Banyak [[Pancalogampancalogam|aloi]] binaan mengakis hanya disebabkan kelembapan udara semata-mata, namun proses ini boleh dipengaruhi oleh pendedahan kepada bahan-bahan tertentu. Pengakisan boleh tertumpu dalam kawasan tertentu membentuk lubang atau retak, atau ia boleh meliputi seluruh kawasan yang luas secara lebih kurang seragamnya mengakis permukaan. Proses pengakisan berlaku pada permukaan terdedah kerana sifatnya yang dikawal oleh resapan. Hasilnya, kaedah untuk mengurangkan aktiviti pengakisan pada permukaan terdedah seperti pempasifan dan penukaran kromat boleh meningkatkan rintangan kakisan sesuatu bahan itu. Bagaimanapun, ada daripada beberapa mekanisme pengakisan ini kurang dapat dilihat mahupun dijangka.
 
== Langkah perlindungan ==
Pelbagai rawatan digunakan untuk mengurangkan kerosakan aikbat pengakisan kepada objek logam yang terdedah kepada cuaca, air garam, asid atau persekitaran yang mengancam. Beberapa aloi logam tertentu yang tidak dilindungi sangat terdedakterdedah kepada pengakisan, seperti logam yang digunakan dalam magnet neodimium yang boleh mengelupas atau hancur menjadi serbuk bahkan dalam persekitaran dalaman yang kering,m dan stabil suhunya melainkan jika dirawat dengan betul untuk mencegah pengakisan.
 
[[Penyaduran]], [[Cat|pengecatan]] dan pelapisan [[enamel berkaca]] adalah rawatan mencegah pengakisan yang paling biasa digunakan; di mana kaedah-kaedah ini berkesan dengan menyediakan penghalang bahan tahan kakisan antara persekitaran yang merosak dengan dan bahan binaan.
 
== Rujukan ==
 
== Bacaan lanjut ==
* {{Cite book|title=Principles and Prevention of Corrosion|last=Jones|first=Denny|publisher=[[Prentice Hall]]|year=1996|isbn=0-13-359993-0|edition=2ndke-2|location=[[Upper Saddle River, New Jersey]]}}