Loloq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah pautan IMDb.
Baris 1:
{{Hatnote|"Loloq" dilencongkan di sini.}}
'''Rosli Khamis''' ataupun lebih dikenali sebagai '''Loloq''' ([[1958]]-[[30 Januari]] [[2008]]) merupakan seorang penulis lirik yang terkenal. Beliau sering bergandingan dengan [[M. Nasir]] dalam membuat lagu baru. Selain menggunakan nama Loloq beliau juga sering menggunakan nama Nurbisa untuk lirik ciptaanya. Beliau yang berasal dari [[Singapura]] turut berlakon dalam beberapa buah filem seperti "[[Man Laksa]]" dan drama.
 
Bapanya, Rosli@Khamis Dayut berasal dari [[Masjid Tanah]], [[Melaka]] adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Hasil perkahwinannya dengan Hariyah Yaacob, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.
 
==Kerjaya seni==
Loloq mula aktif dalam bidang penciptaan lagu bermula tahun [[1987]]. Beliau mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari [[Singapura]], dia sendirian berkelana ke [[Kuala Lumpur]] pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, mengikut ajaran [[Tasauf]] dan menjadi kutu rayau, dperjalanannyadi perjalanannya menemui paksi apabila bertemu [[M. Nasir]] dan [[Amy Search]] di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.<ref>Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip [http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm Perginya seorang genius seni] [[Kosmo|Kosmo!]], 2008-02-01</ref>
 
Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M.Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.
[[Imej:Loloq&mNasir01.jpg|thumb|right|Arwah Loloq(kiri) bersama M. Nasir(kanan) semasa memenangi anugerah MACP]]
Sejak tahun 1990, Allahyarham menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu. Antara lirik lagu beliau yang pernah popular ialah Di Ambang Wati ( Wings ), Nur Nilam Sari ( Awie & Search ), Laila Namamu Teratas( Search ), Gemuruh ( Search & Wings ), Mantera Semerah Padi ( M . Nasir ), Kita Peng - Yu ( XPDC ) Ratu Sanubari ( Saleem ) AladdinAladin 'Gosok' (Spider) dan banyak lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.
 
Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga dilihat hebat dalam bakat lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti [[Sara Embun]], [[Lang Buana]], [[Zombi Kampung Pisang]] dan [[Man Laksa]] dan pernah membintangi sebuah telemovie "Orang Kasar" turut berlakon bersama Eman Manan. Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitcom [[Awie]] Record.
 
Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan [[Kumpulan Spider|Spider]] menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut.{{fakta}}
Baris 18:
 
==Kematian==
Beliau meninggal dunia setelah empat hari terlantar di [[Hospital Pakar Damansara]] pada [[30 Januari]] [[2008]] pukul 1.30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada [[29 Januari]] [[2008]] setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan [[karbon dioksida]] di dalam [[paru-paru]], kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariyah Yaacob dan tiga sahabat lain.<ref>Saharudin Mustafa [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm "Loloq meninggal dunia"] [[Utusan Malaysia]], 2008-01-30. </ref>
 
Jenazah Allahyarham Loloq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm "Loloq minta rahsiakan penyakit – Isteri"] [[Utusan Malaysia]], 2008-01-31. </ref>
Baris 24:
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
* {{IMDb name|1221172}}
 
[[Kategori:Kelahiran 1958]]